Semanis Epal Hijau

Tuesday 17 January 2012

Paprik Ayam

Assalamualaikum  dan selamat petang....
Paprik Ayam adalah salah satu masakan kegemaranku dan family....biasanya kalau makan kat kedai2 seafood mesti order paprik ayam...kena sebut betul2 ..paprik ayam!..bukannya paprik aje,...kerana suami  dan anak2saya tak makan daging,kalau udang tu bolehlah sikit2....
Masak semalam lagi....cuma baru berkesempatan nak mengupdate kat sini.....


 campuran sayur tak banyak,hanya bunga kobis dan kacang panjang,letak banyak sayur pun bukannya dimakan...cuma ambik yang disukai je....


Paprik Ayam
by:myda_ahmad


Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada-2 ketul(potong kecil2 )
2 ulas bawang putih-diketuk
1/2 biji bawang besar-dihiris nipis
Kacang panjang-potong pendek2
Bunga kobis-dipotong2
Sedikit belacan
2 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1 sb sos soya@kicap manis
2 sb sos cili
1 sb serbuk pati knorr
Sedikit garam
Sedikit minyak
Sedikit air


Cara-caranya:
1.Ayam digoreng sebentar dengan minyak  hingga sedikit masak,kemudian masukkan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar,sos tiram,sos cili,sos soya dan belacan,goreng sekejap,baru masukkan sedikit air.
3.Masukkan kacang panjang,kobis bunga kobis,bawang serta serbuk pati knorr dan sedikit garam.


*biasanya kalau masak paprik ada juga letak carrot,tapi kali nie carrot dah habis,cuma letak kacang panjang dan kobis bunga.Daun limau purut pun tak de,kalau ada lagilah sedap bau aroma2 daun limau .


*****************************************
myda_ahmad

****************

2 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....