Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Thursday, 12 January 2012

Donat Ball

  1. Assalamualaikum dan Selamat petang semua.....
    Semenjak 2 @3 hari nie,bila tiba petang je mesti hujan....bila cuaca sejuk ,mulalah perut asyik lapar aje.....mata?.....amat2lah mengantuk sangat,maklumlah asyik keje malam je.... dah jadi macam burung hantu pulak malam berjaga.Nasib baiklah time  keje tu patient kurang,bolehlah tidur sekejap2 dalam 3@4 jam sehari....orang lain ,waktu malam tidur lena sampai dibuai mimpi...saya???.....nak buat macam mana...dah tanggungjawab keje kat klinik nie kan.......kenalah tunaikan dengan ikhlas....
    Balik keje  pun tak boleh nak tidur sangat kerana kat rumah pun banyak jugak tugas yang menanti,mengasuh anak,mengemas rumah ,memasak dan banyak lagilah.....tugas surirumah nie memanggggg tak pernah habiskan,sentiasa je ada......
    Bila anak2 dh besar sikit nie,macam2 yang nak dimakannya.....mama pun kenalah selalu rajin mencari resepi2 dan membuatnya.....



    Sebenarnya teringin nak makan dan dah lama tak buat donat nie.....memula terjumpa kat blog yatiememories.Nampak macam sedap je......so,sejak dari itu simpan niat nak buat donat ball....dan sekarang telah tiba masanya untuk projek pembuatannya...hehehe....


    Sumber:yatiememories.blogspot.com@Sinar Kehidupanku

    Bahan-bahan:
    • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
    • 2  1/2 sudu besar gula -saya letak 2sb je
    • 1 sudu besar susu tepung -saya tak letak coz tak ada,cuma gantikan 1sb susu pekat manis
    • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
    • 1 sudu kecil ovallette
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1 biji telur
    • 1 sudu besar marjerin
    • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
    • gula saduran
    • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

    Cara-cara :
    1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
    2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
    3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
    4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
    5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan anda.
    ***************************************
    myda_ahmad

    **************

4 comments:

  1. Assalam Myda,
    senang buat donut ball ni sebab tak payah nak guna acuan donut... main gentel aje bulat2...comel!

    ReplyDelete
  2. tulah dia..tp x dpt bentuk bulat yg sekata....apa2 pun puashati dgn resepinya dan sgt sedap, anak2 pun suka sgt.....

    ReplyDelete
  3. salam myda ...
    dulu ada gak buat donut ball ni .. tapi entah apa lah yang silap tangan x reti nak menggentel kot hihi.. kureng la nak menjadinya .. tengok ad tayang lagi neh .. rasa nak cuba buat lagi .

    ReplyDelete
  4. wani...
    ha,ah lah kan..bila tgk mcm nk wat lg..tu ari buat dpt sikit je....mkn pun x puas,yg mkn pun ramai...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....