Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Cuti CNY ini mesti ramai yang nak pergi bercuti @ nakbalik ke kampung kan.....
Tidak ketinggalan juga,saya dan keluarga pun mengambil kesempatan CNY ini utk pergi bercuti....
Pada mulanya,apa yang dirancang tidak menjadi.Sebetulnya kami nak balik ke kampung.Tapi disebabkan ada sebab tertentu,kami tukar plan,kami nak pergi bercuti di Bukit Merah Laketown saja.
Lagipun di Bukit Merah Laketown ,kami tidak perlu menyewa @ booking penginapan kerana kami menginap di apartment kawan my hubby....free lagi ,x perlu bayar apa2....
Pada mulanya ,kami melalui jalan highway Plus.Tapi kami kena batalkan hasrat kami utk melalui highway kerana traffic jam sudah mula berlaku,kereta pun ada langsung yang berhenti terus...tak boleh jadi nie..akhirnya ,kami ikut jalan lama je....melalui jalan yang tak pernah kami lalui utk pulang ke kampung....biasanya lalu highway plus je....
Pengembaraan kami melalui jalan lama,mengambil masa yang lama kira-kira 10 jam baru sampai ke destinasi.Juga sempat menyinggah di Menara Condong,Teluk Intan.Setibanya di Pantai Remis,sempat lagi untuk melihat keadaan di Waterfront,Teluk Batik,Lumut....Tetapi keadaan tidak mengizinkan,hujan renyai-renyai pula turun dan keadaan hari yang hampir gelap.
Bertolak dari pukul 12.30pm sampainya lewat jam 10.00malam.Percutian kami selama 3 hari 2 malam ini sangat menyeronokkan.Daripada tempat2 yg tak pernah kami lawati lagi sebelum ini ,sudah sampai juga akhirnya.
CNY yang lalu,sempat jalan-jalan ke Menara Condong,Teluk Intan
Tidak mahu melepaskan peluang utk bergambar di depan bangunan Menara Condong.
Pemandangan di Taman Tasik Taiping waktu senja.
Pemandangan Taman Tasik Taiping bila senja menjelma.
Gambar ini diambil di Kuala Trong,Perak.
Melawat tempat kilang arang kayu di Kuala Trong,Perak.
Tempat utk menempatkan kayu2 utk dibakar.
sebahagian kayu2 yang akan dibakar utk dijadikan arang.
Pemandangan di Lumut,berhampiran dengan Waterfront,Lumut.
Taman Tasik Taiping
Untuk kenangan bergambar di Tasik Taiping....Muka mimik x nk bergambarlah tu....
Kenangan bersama anak-anak
Pemandangan di Waterfront,Lumut.
***********************************************
myda_ahmad
**********************
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....