Untuk tahun baru 2012 blog SMM diserikan dengan sejenis kuih tradisi iaitu Kuih Lapis.Sebenarnya dah lama teringin nak buat kuih nie......cuma menunggu masa yang sesuai je....dengan sifat kerajinanku....dan hari nie saya cuba rajinkan diri utk membuat kuih lapis ini.....alhamdullilah menjadi jugak....hihihi....Belek2 punya belek terjumpalah satu resepi kuih lapis yang ringkas dan adunannya pun tak banyak....almaklumlah anak2 tidak begitu suka kuih2 yg lembik2 nie.....
Terima kasih kepada tuanpunya resepi ini yea kerana sudi berkongsi resepi....dan saya suka tengok kuih yang berwarna-warni....cantik sungguh!.....Lain kali nak cuba warna lain pulaklah....
Izinkan saya panjangkan resepi kuih Lapis nie,mudah2an berguna utk suatu hari nanti dan panduan utk anak dara saya yang kian meningkat remaja nanti....
Kuih Lapis Tradisi
Bahan-bahannya:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.---saya tak tambah lagi pewarna,ikut yg mula2 tadi.
5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....