Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 3 January 2012

Mee Goreng

Assalamualaikum dan bertemu kembali.....
Lepas N3 Kuih lapis diposkan kini tibalah giliran N3 Mee Goreng .Mee goreng nie sebenarnya utk breakfast hari Ahad yang lalu,cuma terlalu sibuk sejak kebelakangan nie,maklumlah cuti sekolah kian tamat....dan akan bermulalah penggal persekolahan yang baru utk tahun 2012....Lagipun anak2 yang bersekolah ada 4 orang, dan segala kelengkapan dan persiapan utk persekolahan mesti disiapkan dengan segera.....


Oklah berbalik pada Mee goreng kita tadi yea.....sambil2  tu tgklah gambarnya sekejap......sebelum kita terus kpd bahan-bahannya......




 Mee Goreng .....kalau ikutkan anak2 pun kurang suka makan mee goreng ,tapi kalau bihun goreng memang laju.....buat 1 bungkus pun masih ada hingga ke tgh hari......mamanya jugak yg kena habiskan....


 Mee Goreng
by:myda_ahmad
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning(dibasuh)
Taugeh
Sawi
1 batang sosej(dipotong kecil2)
1sb sos tiram
3 sb sos cili
3 sb kicap manis
garam dan bahan perasa
sedikit air
minyak
bawang goreng& tomato(hiasan)
______________________
Bahan kisar
10 biji cili kering
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit ikan bilis


Cara-caranya:
1.Tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak,kemudian masukkan sosej.
2.Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,garam dan bahan perasa.Masukkan juga sedikit air.
3.Masukkan mee kuning,gaul sebati.
4.Akhir sekali,masukkan sawi dan taugeh.



*****************************************************
myda_ahmad

*******************




2 comments:

  1. salam myda.. baru pagi tadi buat santapan untuk breakfast hihi .....mee ni kalau bagi wani bila lama dah tak makan dan baru terignign nak makan barulah terasa kesedapnnya

    ReplyDelete
  2. memula nk ucapkan terima kasih coz sudi ke mari.....betul tu wani.,sayangnya anak2 x suka sgt, tu yg x bestnya nk masak...tapi saya lebih suka mee daripada bihun...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....