Semanis Epal Hijau

Thursday, 19 January 2012

Ayam Lengkuas Berlada

Assalamualaikum......
Menu untuk hari ini adalah Ayam Lengkuas Berlada.Masak pun ikut citarasa sendiri.Sedap mata memandang,sedap lagi mulut yang menggunyah.....Apa2 masakan yang menggunakan lengkuas mesti sedapkan....lagi2 kalau masak asam pedas mesti letak lengkuas.....




by:myda_ahmad


Bahan-bahannya:
Ayam-dipotong2 kecil
serbuk kunyit
 Cili kering-direndam & blender*
3 ulas bawang putih*
1/2 ulas bawang besar*
1 biji bawang besar-dihiris
1sb sos tiram
sedikit sos cili bawang putih
1inci halia*
1 inci lengkuas*
1 asam keping
tomato-belah 4
daun ketumbar-hiasan
sedikit garam,gula dan bahan perasa
minyak

Cara-caranya:
1.Ayam dilumur dengan serbuk kunyit ,garam dan digoreng.
2.Blender bahan bertanda *.Kemudian tumiskan hingga sedikit kering.Masukkan sos tiram sos cili bawang putih dan sedikit  air.
3. Akhir sekali, ayam dan hirisan bawang besar,tomato,asam keping,sedikit garam,gula serta bahan perasa.

***************************************************

myda_ahmad 

*****************


2 comments:

  1. Salam,mesti bertambah je nasi kat pinggan klu berdepan ngan lauk ayam lengkuas yg pedass..adoii...lapar la..

    ReplyDelete
  2. tulah pasal......daripada nak berdiet terus x jadi....gara2 ayam lengkuas nie..hehehe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....