Semanis Epal Hijau

Wednesday, 2 April 2014

Cekodok pisang


Memulakan entry untuk bulan April ini dengan kudapan cekodok @cucur pisang.Cuti sekolah seminggu yg lalu,adik berpantang kat kampung,bila nak balik ke Bangi ,mak kirimkan pisang emas yang masak ranum,geram sungguh  tgk pisang emas yg comel2 tu,kalau nak dibiarkan beberapa hari lagi,alamat masuk tong sampahlah......Semalam google2 ,ingatkan nak buat kek pisang....tapi masih tak keruan ,jap nak buat cekodok,jap nk buat kek..ntah yg mana satu gaknya.........Last2 pagi nie kerjakan jugak pisang tu,dapatlah nie dia hasilnya.....dan masih ada lagi pisang yg berbaki,Insya Allah esok lusa ke,kalau rajin buat kek pisang..kalau x rajin ,masuk terus ke mulut jelah....



CEKODOK@CUCUR PISANG

 Bahan-bahan:-
  • 9 ketul pisang emas 
  • 2 cawan tepung gandum(diayak)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sb gula pasir
  • secubit garam
  • sedikit air(jika perlu)


Cara-caranya:-
Lenyek pisang,masukkan gula perang,gula pasir,garam,soda bikarbonat dan baking powder.Kacau sebati.
Masukkan tepung dan sebatikan semua bhn2.Masukkan sikit air jika perlu.
Panaskan minyak.Dengan menggunakan tangan,basahkan sikit dgn air,amik adunan sejemput2 dan masukkan dlm minyak yg sederhana panas.Goreng hingga masak.



6 comments:

  1. salam..

    bestnya makan cekodok pisang ni kan..sya suka makan yang panas2..makan sampai beketul-ketul..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha;ah makan berketul2 pun masih x kenyang2 lagi .hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum myda...Uj klu cekodok pisang suka digandingkan dgn teh o nopis...sedap...bulat2 jer cekodok pisang myda ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...yg senget2 tu saya tolak tepi,tu yg nampak kat pic semua bulat2 aje..hihihi

      Delete
  3. Assalamualaikum K.Myda...
    sedapnya bila makan cekodok pisang ni panas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam adda....
      ha;ah dah sejuk pun masih lembut lagi..

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....