Alamak!!!!sempat lagi tak yerk?tgk kawan2 dah join GA Kak Amie nie terasa ingin pulak saya nak join jugak.Sebenarnya memang banyak pengalaman bersalin dari anak pertama hinggalah anak yang ke 6.Setiap anak-anak yang keluar dari rahim ku ini semuanya mempunyai pengalaman yang bebeza-beza yang tidak dapat saya lupakan...
Sepanjang mengandung dari anak yang pertama hingga ke 6 memang mengalami alahan yang teruk,mual2 muntah2,pening2 tu memang perkara biasa,cuma kita kena pandai elakkan sebelum ianya berlaku.Sebagai staff klinik memang banyaklah yang ku pelajari dengan selalu bertanya pada doktor-doktor tentang kehamilan dan proses bersalin.
Tapi sekarang nie,semua maklumat dan info-info kehamilan hanya di hujung jari saja.Hanya rajin mencari dan membaca.
Oklah,kalau nak diceritakan seorang demi seorang anak pengalaman bersalin memang indah dan banyak,tapi saya cuma nak story pengalaman bersalin untuk anak yang ke 6.Alhamdullilah semua proses bersalin dari anak pertama hingga ke 6 berjalan lancar,tiada apa2 masalah.
Tarikh:9/10/10
Seperti biasa,selepas pulang dari kerja shif malam,saya baring-baring di ruang tamu sekejap untuk merehatkan diri dari kemengantukkan bekerja di malam hari.Setelah penat dan ngantuk hilang,saya bangun untuk masuk kedapur,menyediakan makanan tengahari ,dalam masa yang sama dah terasa sakit kat bawah perut,tapi saya abaikan saja dan sambung teruskan kerja2 memasak.Masa itu jam baru menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi.
Selesai kerja2 memasak sempat lagi makan,memang terasa sekejap sakit sekejap hilang.Masa tu,my hubby tak de kat rumah,dah pesan dah kat dia,jangan pergi kerja jauh-jauh.....Bila dah siap semua,terus duduk kat sofa,sambil sekejap2 jeling ke arah jam,dan sambil juga membilang sakitnya dengan masa yang diambil ketika sakit itu berlaku.
Masa tu memang sempat lagilah ambil penyapu nak menyapu ruang tamu yang hanya sekangkang kera tu...dan gagahkan jugaklah...Siap sudah menyapu ,duduk lagi kat sofa ,menghitung masa dan sakit yang dialami ketika itu....masa tu hanya boleh duduk menegak saja,nak menyandar tak boleh nak baring lagilah teramat sakit...last2 amik keputusan untuk duduk saja...sesekali tu ada jugak keluar masuk tandas beberapa kali....Sebenarnya saya teramat risau kalau2 terover due,nanti takut baby lemas ke@ kena induce,tu yg malamnya saya cuba2 minum air musofa.Due datenya seminggu lagi 16/10/10.Tapi dalam hati jugak terdetik,alangkah bagusnya kalau dapat bersalin pada tarikh 10/10/10.Kan best,tarikhnya pun cantik.
Segala barang2 dan keperluan untuk ke hospital memang sudah lama siap sedia....Masa tu hanya menunggu kepulangan my hubby saja.Tapi bila my hubby dah sampai rumah,saya masih lagi boleh duduk2 kat sofa itu lagi.....dengan menahan kontraksi yang sekejap sakit sekejap hilang.Bila dah kerap sakit selang 5 minit,barulah saya ajak my hubby gi hospital.Jam masa tu dekat pukul 2.30pm.Masa tu,hah!!memang baru rasa panik,takut2 tak sempat untuk sampai ke hospital.Memang betul!!tak sempat sampai pun....baby dah keluar.
Belum sampai 10 minit masuk kereta ,perut dah teramat sakit sangat ,berlaku kontraksi yang kuat,Sepanjang perjalanan memandu,my hubby pun dah panik,rasa kesian kat saya pun ada,ada tu dia suruh pergi ke klinik swasta yang berdekatan.Saya kata,mana boleh,tak booking pun,tak yah2 ,gi je hospital terus.
My hubby masih lagi meneruskan pemanduannya,saya yang duduk di sebelahnya,rasa memang dah masanya untuk saya melahirkan.Tanpa membuang masa,tolak kerusi dan turunkan ke belakang,saya selak saja jubah yang saya pakai tu hingga ke paras atas lulut dan seluar dalam pun saya bukak jugak.Tinggikan punggung dari kerusi supaya baby yang keluar nanti tak jatuh ke bawah...dan saya teran terus.....keluarlah baby saya dari perut....masa tu memang tak rasa panik,hanya lega bila baby dah keluar.Syukur Alhamdullilah,Allah permudahkan segalanya.Cuma baby tak menangis je...
Lepas baby keluar tu,saya terus ambil,angkat dan terus letakkan atas dada saya,hubby cakap nak berhenti tepi ke?...saya kata ,tak yahlah....hubby pun teruskan pemanduannya dan segala lampu2 merah dilanggarnya dan ikut lawan arus.Lebih kurang 5-10 minit ,sampai juga ke hospital.Hubby terus panggil nurse dan beberapa oarng nurse datang ke arah kereta kami.Masa dalam kereta tu jugaklah nurse potong tali pusat baby.Takut2 jugak,kot2 nurse2 tu lemparkan kata2 pedas kat saya.....tapi,jauh sangkaan saya,alhamdulllilah,mereka semua bagi kata 2 semangat,"sabar2 dik yea".....lega hati saya bila nurse tak marah...
Selepas baby dibawa oleh nurse,saya pula di sorong dengan wheelchair masuk kedalam labour room untuk dijahit.Dan baby pula dibersihkan.Sekali lagi baby diletakkan di atas dada saya,sambil dijahit luka,sambil tu saya menatap wajah baby saya yang tak sabar-sabar nak keluar itu.Tanpa disedari air mata mengalir pabila melihat wajah si kecil yang comel.Kami namakan baby kami"NUR AIN SAFIRA" dengan beratnya 3.4kg.Dan yang paling seronoknya saya sudah capai matlamat saya untuk menyusukan anak saya sehingga lebih 2 tahun.Alhamdulllilah,syukur segala urusan penyusuan dipermudahkan segalanya.
Ini adalah susu yang dapat saya perah.Hampir setahun jugak,saya dapat perah,setiap kali perah akan dapat satu botol kecil.Masa perahan tu awal pagi jam 5.00 pagi.Satu hari satu botol.Bila saya kerja malam,hubby akan ambil satu botol untuk bekalan minuman baby pada malamnya.
Daripada yang lain-lain,anak inilah yang kuat menangis dan banyak ragamnya.Tapi kata orang kalau yang kuat nangis masa kecilnya,bila dah besar nanti bijak.ALhamdullilah,amin...Sekarang nie pun dia dah menunjukkan tanda2 kebijakkannya.Mungkin selalu tengok Ipad,kadang2 Ipad nie pun membantu jugak jika saya sibuk sangat.Bagi je Ipad kat dia,diamlah dia,senang saya nak buat kerja....hihihi...
umur dalam 3 bulan lebih |
Umur dalam 7 bulan |
Dah besar dah,tahun depan dah nak masuk tadika... |
Dan sekarang ini menanti pula kelahiran anak yang ke 7 pula,In Sha Allah dijangka bulan September nanti.
Bila tengok orang lain mengandung,terasa ingin mengandung.Alhamdullilah,Allah masih lagi sudi memberikan kami zuriat lagi.Suka tengok perut sendiri yang bulat sambil membelai2 perut yang makin membesar.Syoknya!!!....
SAYA SUKA WARNA PUTIH DAN HIJAU
Alhamdulillah... syukur atas anugerah Ilahi yang tak ternilai harganya! Tahniah... sebab akan dapat yang ke- 7... ya Allah seronoknya dapat anak seramai ini!
ReplyDeleteBila baca bab melahirkan dalam kereta tu memang rasa ikut panik tapi memang benarlah... sebagai ibu, kita rasa sangat lega bila baby sudah berjaya dilahirkan dengan selamat!
Terima kasih Myda sebab sudi ikut serta my first giveaway ni. Nanti emelkan nama penuh, alamat dan no hp ke sini ye : salamiez@gmail.com
memang dah pasang niat sebelum umur nak masuk 40-an ,nak jugak timang seorang dua anak lagi...alhamdullilah suami pun ikut sama jugak...sama2 Kak Amie,nanti saya akan emailkan yea...mengandung masa umur 30an nie ,memang sangat2 menghargai,mengamati,segala apa yg berkaitan dgn kehamilan mmg teruja dan excited walaupun anak dh berderet2....suka membelai perut sendiri pun yea jugak!!hihi
ReplyDelete