Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 21 March 2014

Sotong goreng kunyit dgn kacang buncis

Tak semua orang suka makan kacang buncis,tapi saya mmg suka sgt makan kacang buncis nie.
Lain org lain citarasanya.Mungkin dari segi baunya kot selepas dimasak...
Sayur ini pun kaya dengan protein dan vitamin,dapat membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat seuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.Kacang ini juga dapat membantu mengatasi masalah mereka.Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.



Kacang buncis salah satu sayuran favourite saya,masaklah apa jenis pun,saya akan makan jugak...yg nie saya hanya goreng dgn sotong saja,kalau nak letak udang,bebola ke pun boleh jugak...

SOTONG GORENG KUNYIT DENGAN KACANG BUNCIS

Bahannya:-
beberapa ekor sotong
Kacang buncis-potong menyerong
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Serbuk kunyit

Bahan tumis di hiris:-
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
 Cili padi

Caranya:-
Sotong di siang,bersihkan dan potong kecil2.Lumurkan dgn serbuk kunyit & sedikit garam.
Gorengkan sekejap sotong,angkat ketepikan.
Masukkan bhn tumis,masak hingga sedikit layu,masukkan kacang buncis,kacau sebati.Masukkan garam.
Kemudian masukkan sotong,kacau sekejap dan terus tutup api.

2 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....