Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Saturday, 4 January 2014

Sandwich Telur bersalad

Syukur Alhamdullilah,masih lagi diberikan kesihatan yang baik untukku melalui hari2 yang indah ini bersama family tersayang......sebenarnya memang banyak yang terindah  dan salah satunya tahun ini  saya dapat mengandung lagi.....dan bakal melahirkannya pada awal bulan 9 nanti....
Sekarang kandunganku baru jer masuk 5 minggu....alahan2 muntah masih belum lagi menyerang.....
sungguhpun begitu ,mulut teringin nak makan makanan yg kurang berminyak....so pagi tadi buat sandwich untuk memenuhi citarasa anak tekak....


pagi nie bersarapan dengan sandiwch yang penuh dengan sayur2 mentah@salad....memang sedap!!!
Nak buat pun x sesusah mana dan cepat...

  • Telur-Goreng 2 biji telur dgn menggunakan minyak yg sikit,kacau2 bagi hancur.....angkat,masukkan  dalam mngkuk.Ambik 2@3 sudu besar mayonis,masukkan dalam mangkuk telur tadi....letakkan lada sulah..kacau2..
  • salad - Potong nipis @ kecik2 kobis beijing dan carrot,basuh basuh bersih...toskan..Masukkan mayonis dan perahkan 2 biji limau kasturi,kacau sebati...

kemudian bolehlah letakkan di atas roti dan picitkan sos cili.....


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....