Semanis Epal Hijau

Wednesday, 29 January 2014

Kuih Siput

 
Semalam merajinkan diri untuk menyiput,berkat kesabaran walaupun dirundung  pening2,alhamdullilah masih boleh lagi menyudahkan menggentel kuih siput ini seorang diri dgn ditemani 2 anak kecil yang suka bermain dgn adunan ..... nielah hasilnya kuih siput yang saya masih lagi guna resepi K1 blog Citarasawan.
Cumanya saya tambahkan lebih santan,maybe sukatan tepungnya agak terlebih kot,tu yg kena guna air/santan lebih.....agak2 cukup untuk adunan boleh diuli dan dibentuk.....x delah terlalu keras@terlalu lembik....saya doublekan bahan2nya sebab malas nak menguli lagi,buat banyak sekali,senang......time tgk tv ke bolehlah sambil2 ngunyah2 kuih siput nie....





KUIH SIPUT
Sumber:K1@Resepi Citarasawan
Bahan-bahan:
  • 250gm tepung gandum
  • 70gm marjerin(3 sudu besar)
  • 1 biji telur -dipukul ringan
  • 1 sudu besar ketumbar-kisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis-kisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan putih-kisar halus
  • 1 sudu besar udang kering-kisar halus
  • 1 sudu besar serbuk cili/serbuk kari daging
  • 1/2 sudu teh garam
  •  2 sudu besar santan/air

Minyak untuk menggoreng
Beberapa tangkai daun kari

Cara-cara:
  1. Gaul tepung,garam dan marjerin bersama rempah kisar dan udang kering hingga rata.Masukkan telur dan santan.Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil secubit adunan,geselkan dan gulung di atas papan acuan siput.
  3. Goreng dengan api sederhana.Apabila hampir garing,masukkan daun kari,goreng hingga garing dan rangup.Angkat dan toskan.
  4. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...lama dh x mkn kuih siput ni sedapnya..saya follow yer..jika ada masa silalah ke blog saya....http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....