Semanis Epal Hijau

Tuesday 7 January 2014

Chicken Grilled dgn sos blackpepper

Sejak dah beli magic pan nie,selalu sgt masak ayam menggunakan pan tu....mudah dan senang,masukkan dan tutup,tinggal jap(tapi kena pastikan guna api kecil yea,kalau api besar gerenti dah hangus,hitam legam....so tghhari td nak cuba buat chicken grilled,sebenarnya dah masuk 5@6 kali buat chicken grilled kat magic pan tu,cuma kali nie lambat sikit habis,coz anak2 sekolah ,yg ada kt rumah cuma 4 org aje...sempatlah touch up sikit ,dan amik gambar utk entry hari ini....Alhamdullilah ,kenyang ....

Perap ayam dulu...



Bahan-bahan utk ayam perapan:
Ayam-bahagian dada,potong nipis,amik juga bhgian kepak dan peha.
Serbuk cili kisar
Sos soya dan sos tiram
serbuk lada sulah 
sedikit garam
sedikit minyak bijan

Caranya:
  1. Titiskan sedikit minyak atas kuali pemanggang ajaib.
  2. Masukkan ayam yg dah diperap  dan susun atas kuali pemanggang ajaib.
  3. Tutupkan sebentar penutup kuali pemanggang ajaib.Agak2 dlm masa 5 minit.
  4. Kemudian bukakan penutupnya,dan biarkan terbuka saja.
  5. Balik2kan ayam dan bila dh masak dan agak kering bolehlah di angkat.


Sos Blackpapper:-

2 cawan air
1 biji bawang besar-potong dadu
2 ulas bwg putih-racik halus
1 sb mentega
4 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2@3 sb tepung jagung
1 1/2 kiub pati ayam
Garam

Caranya:-
  1. Cairkan butter dlm periuk,masukkan bwg besar & bwg putih,Tumis hingga masak.
  2. Masukkan air,serbuk lada hitam,sos cili,kiub pati ayam dan kicap.Kacau sebati.
  3. Biarkan hingga mendidih,perasakan garamnya.
  4. Masukkan tpg jagung yg dah siap dibancuh dgn sedikit air .Kacau sebati.Ikut kepekatan masing2,kalau nak cair kurangkan sikit tpg jagung.Reneh dgn api perlahan.Agak2 dh pekat ,bolehlah tutup api.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....