Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Wednesday, 8 January 2014

Cucur Kentang

 salam pagi Rabu....
Pagi nie hanya bf cucur kentang saja,proses mengulinya dari ptg semalam,simpan dlm peti sejuk dan pagi nie baru nak menggoreng.Asalnya nak buat bebola kentang cheese,ntah apa silapnya,last2 tambahkan lebih air dan uli macam nak buat cucur aje....adalah tu ,mana silapnya,maybe saya sendiri yg tak baca betul2 resepinya.....huhhu...

Bahan pun main masuk jer dalam mangkuk,tak sukat pun ..main agak2 je...tapi yg pasti dalamnya ada
Tepung gandum
kentang yg dah direbus ,kemudian di blender hancur
susu pekat
gula pasir
yis
butter sikit
secubit garam
air secukupnya
dan kacau sebati.....lama perapnya,mana x nya,uli dr ptg semalam,pagi nie baru start menggoreng.....mcm nk wat roti pulak kan!!!!!......Letak pulak kat bahagian bawah,bukan nya di bahagian sejuk beku....balik2 keje pagi tadi,tgk dh nak melimpah adunan tu......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....