Semanis Epal Hijau

Saturday 7 December 2013

Water roux

Apa itu water roux?
Water roux starter(Ibu roti) atau dikenali sebagai Tang Zhong adalah kaedah tradisional masyarakat China dahulu dalam penyediaan mee dan kulit dumpling.Sekarang digunakan dalm pembuatan roti dan bun.

Water roux adalah campuran tepung roti dan air iaitu 1 bahagian tepung dan 5 bahagian air :50gm tepung roti dan 250ml air.Dimasak di atas api perlahan hingga pekat.Digunakan sebagai starter atau agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas roti.Kaedah ini menjadikan bun dan roti gebu dan anjal.
kredit:sakinah-omars.kitchen.blogspot.com


baru jap tadi dah publish post donut gebu,amik resepi dari FB Kelab Roti....yang menggunakan water roux.
Disini  saya juga nak letak resepi water roux,senang utk saya rujuk kemudian hari.....

1/4 cawan tepung gandum
250 ml air

Untuk membuat water roux
  • 1 ratio tepung  5 ratio air
  • Masukkan kedalam  periuk dan kacau sebati adunan ini.
  • Letakkan di atas api sederhana dan terus kacau untuk menggelakkannya berketul.
  • Masak sehingga adunan menjadi pekat.
  • Masukkan ke dalam bekas sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  • Keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.
  • Water roux ini bertahan selama 3 hari.
  • Jika bertukar warna dan tekstur JANGAN digunakan lagi.

2 comments:

  1. wahh..rajin betul bancuh membancuh nih..heheeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya nak tau mcm mane rupanyer water roux nie,kebetulan nk nguli doh donut..

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....