Semanis Epal Hijau

Friday 27 December 2013

Part 2-Pantai Cenang,Langkawi

Sampai di Langkawi dah lewat malam,so kami terus dapatkan kereta sewa yang kami booking awal2 lagi sebelum bertolak...terus ke penginapan kami yg pertama di Amani Guesthouse,berdekatan dengan Pantai Cenang dengan kadar semalam RM54.00,tapi sebab kami booking dgn agoda ,so semuanya jadilah RM60.00.Saya tak amik pic kat Amaniguest House nie.Cuma boleh saya katakan,persekitaran kurang memuaskan,ada sampah kat celah2 koridor,bilik ok,cuma panas kipas ada tapi penuh habuk....ada 2 katil double,pahadal kami booking utk satu katil single dan satu katil double...

Kerana tak tahan panas malam tu,saya dan hubby mandi jugak tgh malam buta...bukan malam lagi dah jam dah pukul 1.00 pagi pun...sepanjang malam tidur dalam keadaan kepanasan...hubby lagilah,pindah tido terus dari atas katil ke lantai sampailah keesokkan paginya....

Pantai Cenang adalah destinasi kami yang pertama utk kami lawati.Lepas bf,kami pusing2 kat Pantai Cenang.Ada nampak jugak Cenang Mall dalam pembinaan,maybe hampir lebih separuh nak siap.Mengelilingi sepanjang Pantai Cenang,ada Underwater world dan bersebelahan dgnnya ada tempat jualan bebas cukai...kelihatannya penuh dgn barangan Tefal..

Tak nak buang masa,so naik balik rumah dan tukar baju untuk mandi pantai..
mandi pun dah dekat pukul 10.30pagi....tak jauh pun dari tmpt penginapan...jalan kaki aje....
Mandi sakan anak2,sampai kan tak nak naik,nak tak nak kena paksa naik jugak coz nie pun dah lewat untuk kami chek-out.....naik rumah,mandi2 lebih kurang,kelam kabut jugaklah dibuatnya....kalau kita sorang tak pe..nie nak siapkan anak2 lagi,nak packing baju lagi..last2 sumbat jer mana2 yg patut.....
12.00tghhari pintu dah diketuk ,mengingatkan kami utk chek-out,padahal masa tu baru siap bilas badan...make-up pun dalam keta aje...huhuhu...




Alhamdullilah,cuaca baik kat Langkawi,panas...dapatlah kami meneruskan perjalanan dan percutian kami ....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....