Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Saturday, 7 December 2013

Donut gebu




 Hari nie tak keje,dapatlah buat donut bersama anak-anak.....resepi dari Isma Maisarah,amik dari FB Kelab Roti...tersangatlah gebu dan lembut....thanks yea Isma utk resepinya.....Saya letakkan resepinya di sini pula yea untuk perkongsian bersama....

Jom semak resepinya....




 DONUT (guna water roux)
Sumber:Isma Maisarah @FB Kelab Roti

Bahan-bahan:-
  • 250gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm gula
  • 2 sudu besar water roux
  • 50-60ml air dari peti sejuk
  • 50ml minyak masak
  • sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis,gaul rata.Masukkan gula,kuning telur dan water roux.Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak dan garam.Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh lembut.Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik.Uli hingga doh lembut ,x melekat di tangan dan mangkuk.
  3. Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda.Setelah doh naik,tumbuk2 doh,canai dan terap.Rehat doh 30 minit lagi.Kemudian bolehlah digoren menggunakan minyak yg panas dan api yg perlahan.

 *Lepas habis terap,saya terus goreng je,x rehatkan doh lg.


2 comments:

  1. cantik la kaler donat nih..cam nak gigit2 je rasa..hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal,terover goreng..tuk yg jadi perang sikit kalernya....org lain goreng kuning elok je,saya goreng suka garing2 sikit...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....