Semanis Epal Hijau

Wednesday 21 March 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Assalamualaikum dan selamat petang.....

Dah lama kepingin nak buat lapis nie.....
selalu juga jenguk2 kat rumah DJ,kadang2 dok kt umah kak Kak Yatie....mentelaah bhn2 yg patut digunakan.....
selagi x buat, selagi tulah asyik bertandang ke umah diorg....
hari nie dan tika ini,telah memulakan projek mengukus.....
baby dh tidoq,dh x de sapa kacau,so kena wt cepat2 .......
buat 1/2  adunan saja....





Resepi:http://yatiememories.blogspot.com/2012/02/kuih-lapis-seri-wangi.html
Sumber :http://dayangjack.blogspot.com/2012/02/kuih-lapis-seri-wangi.html
Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je) -saya guna coklat emulco juga
  • pewarna hijau, perisa pandan
Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba.
**********************************************************

myda_ahmad

***************************

4 comments:

  1. Cantiknya kombinasi warnanya tu Myda...macam warna bumi!

    ReplyDelete
  2. menawankan kak..huhuhu..puji diri sendiri.saya pun mmg suka sgt warna2 hijau....

    ReplyDelete
  3. Salam kenal Myda...
    teruja sangat tengok kaler hijau yg menawan tu... suka kuih lapis cenggini tp dalam rumah ni semua x nak pulak!

    ReplyDelete
  4. serupalah kita kak....
    anak2 termasuk cik abg kita pun x suka kuih lembik2 nie....sib baik wt 1/2 adunan je...kalau x,jenuh nk perabiskan.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....