Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Sunday, 11 March 2012

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum dan selamat petang....
Menu lunch hari nie adalah Ayam masak halia,Pucuk paku goreng belacan,Ikan kembung masin goreng tepung dan telur dadar.Walaupun banyak menu yang dimasak,telur dadar mesti ada,.....
Telur dadar utk anak2...ayam masak halia nie pun diorang tak sentuh,telur dadar juga yang habis dulu....
Ayam Masak Halia


Bahan-bahan:
Dada ayam -dipotong kecil2
1 biji capsicum hijau-dipotong dadu &kecil2
Bunga kobis-potong kecil2
Carrot-potong ikut suka
Halia-racik halus2 memanjang
2 biji bawang putih -diketuk
1 biji bawang merah-hiris bulat2
Sos sotong
Sos tiram
Kicap cair
secubit garam
sedikit serbuk pati ayam knorr
Tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)-utk memekatkan kuah
Air dan minyak secukupnya


Cara-caranya:
1.Ayam digoreng sebentar,masukkan bawang putih dan halia.Kacau rata.
2.Masukkan pula sos sotong,sos tiram,kicap cair,serbuk pati ayam knorr dan sedikit air.Kacau sebentar.
3.Kemudian masukkan carrot ,capsicum dan kobis bunga.Bila agak2 dah nak masak ,masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau rata.


*********************************************************
myda_ahmad

*********************

2 comments:

  1. Bestnya menu untuk anak2, taklah susah nak sediakan ye Myda,
    ayam masak halia ni memang bagus untuk kesihatan sebab kandungan halia tu yang banyak khasiat, buang angin dan panaskan badan...

    ReplyDelete
  2. Tul tu kak,Saya pun suka kalau msk hari2 pun x pe........kalau msk yg pelik2 anak2 bukannya mkn,....tu yg x nk msk......

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....