Semanis Epal Hijau

Friday, 2 March 2012

Kacang Botol Sambal Udang

Assaalamualaikum dan selamat petang semua.......
Hari nie barang yang dijanjikan telah pun sampai ke rumah ......barang -barang yang dimaksudkan adalah  dari IKEA...Minggu lepas gi tengok2 dulu,sambil tu memang nak gunakan baucer2 yang ada,apa lagi pilihlah barang2 yang dah lama tersenarai dalam list.......

Nasib baik dah sudah masak...masak 2 jenis menu saja hari nie,telur goreng dadar dan kacang botol sambal udang,Lepas nie leh lah teruskan projek kemas-mengemas .....anak2 pulak malas nak sekolah agama,katanya banyak sangat kerja sekolah yang cikgu sek kebangsaan bagi......


Oklah,layan resepi nie dulu.....


Bahan-bahan:

  • Kacang botol-dipotong menyerong sedikit nipis
  • Udang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering-direndam dan dibasuh
  • sedikit belacan
  • sos tiram
  • Air asam jawa dan minyak secukupnya
  • Garam dan bahan perasa



Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,goreng udang separuh masak.Angkat dan ketepikan
  2. Blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan.
  3. Menggunakan minyak yang sama,tumis bahan yang diblender tadi hingga naik minyak.Kacau rata.
  4. Masukkan garam ,bahan perasa dan sos tiram serta sedikit air asam.Masak seketika.
  5. Kemudian, masukkan udang dan kacang botol.Kacau rata dan tutup api.



myda_ahmad

*********************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....