Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Monday, 3 March 2014

Kuih Lompang

belum dikukus...
 Petang nie,tgh senang2,tu yg rajin sgt nak buat kuih lompang nie....yelah semalam cukup tido coz semalam masuk shif pagi,so malam tu tido mmg tak de gangguan....kebetulan pula,my hubby pun tiada di rumah.Dia gi outing kat Surabaya.Start hari khamis minggu lepas dia dh pegi,malam nie baru balik....

Sudah dikukus..
 Caranya pun senang sangat nak buat,rasanya kalau nak kukus guna loyang besar mcm nak buat kuih kosui pun boleh.....lagi senang,tapi  mungkin tghnya x de lompang kot(nak tau kena try buat lg guna loyang)....tapi kalau guna acuan nie pun senang juga.....senang nak ngap!!!hihihi....


 Rasanya pun lebih kurang mcm kuih kosui aje.....mmg sedap dan lembut!!!....




mulanya google tu jumpa resepi kuih lompang nie kat blog Dari Dapur Kecilku,lepas tu gi pulak kat myresepi sweetllilly tu....ada perbezaan sikit dari segi bhn2 nya......tapi saya ikut resepi yg sally Rashid buat,bahannya ada menggunakan santan.....bila ada guna santan tu,rasanya lebih lemak2 gitu......



 Kuih Lompang...apa2pun thanks coz sudi share resepi yang mantop ini......Mohon di share resepinya di sini pula yea.....






Kuih Lompang


Bahan-bahan ( . )

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air(saya guna 1 cwn air & 1 cawan santan cair)
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

  1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi

Sedap!!!sgt lembut....jemput makan....

4 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....