Semanis Epal Hijau

Tuesday 11 February 2014

Donut Lembut

Ptg nie ada semangat sikit nak buat kuih utk makan2 ptg...entahlah,maybe mulut teringin nak makan,tu sbb tangan dan badan pun kena paksa ringankan dan rajinkan utk membuatnya....lagipun ,la nie perut asyik kena sentiasa terisi,makan sikit tapi kerap.......nak makan nasi tak de selera,kalau makan pun tunggu perut nak masuk angin barulah sibuk2 nak cari nasi......
Memang sangat gebu dan lembut donut nie,rugi saya tak mencubanya awal2 lagi.......Apa2 pun terima kasih pada Kak Yatie yang memanjang2kan resepi donut nie.Resepi asal dari Hasue myresepi.Thanks sudi berkongsi resepi yea.....





Donut Lembut
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/2013/07/donut-lembut.html

Bahan-bahan (Untuk pelbagai Jenis Kuih Muih yang memerlukan doh yang lembut)
500 Tepung berprotein Tinggi/tpg roti(guna tepung gandum pun ok)
1 paket Yis segera-11gram(jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50gm marjerin/butter
1 sudu makan (penuh)shortening(lelemak sayuran)
2 sudu makan(penuh)gula pasir
2 sudu makan susu pekat/susu tepung(ikut citarasa)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam.Masukkan yis segera,gula pasir,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8- 10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dh sebati tu kacau satu arah je menggunakan sudu.
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tdk melekat di tangan.(sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,)kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10 minit)boleh terus sahaja dicanai setebal stgh inci(agak2 je).Boleh tambahsedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dgn api perlahan.Gunakan minyak yang banyak utk mrnggoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti dount gorengna pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab dounut ni anak mengembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur).
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan.Sedia utk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.SELAMAT MENCUBA ^_^

2 comments:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....