Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 18 February 2014

Bihun Sup

 Malam semalam dh kepingin benor nak makan bihun sup,nk gi kedai punyalah malas sungguh,dengan bdn yg lemah dan pening2 nie...so cuma sumbat mulut dgn biskut kering cicah air milo je....jadilah daripada biarkan perut kosong,yg penting terisi jugak kan!!!!....

Dah kepingin nak makan, so pagi2 dh gi kedai,beli bahan2 nak masak.....
maka dengan rasminya lunch hari nie adalah bihun sup......
mudah dan senang dimasak...
anak2 pun suka sgt bihun sup nie,nak2 lagi si Yaya .....bertambah2 dia makan,habis 1 mangkuk tambah lagi 1 mangkuk bihun......suka tgk si Yaya makan banyak....


Kalau masak sikit je,biasanya saya rebus terus aje....tapi kalau nak buat banyak2 saya tumis dulu bahan2 nya...

Bahan-bahan:-
1 paket bihun
1/4 drp 1 ekor ayam-potong kecil2
Sup bunjut(lalukan air ke atasnya,supaya hilang kotoran@habuk2)
2 kiub pati ayam knorr
Garam
Air secukupnya
Serbuk sup abadi secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis


Bahan tumbuk:-
Halia
Bawang merah
bawang putih

Bahan tumis:-
Kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Bahan lain:-
Taugeh,daun bawang,daun sup,bawang goreng

Cara-caranya:-
  1. Masak air hingga didih,masukkan bihun,slowkan api,biarkan hingga lembut.Toskan.Kemudian jiruskan air sejuk ke atas bihun dan toskan lagi.
  2. Panaskan minyak,tumiskan bhn tumis dan bhn tumbuk hingga kekuningan.Masukkan ayam,kacau sebati dan biarkan ayam tadi masak sekejap atau hingga keluar minyak.
  3. Masukkan air,kiub pati ayam,sup bunjut,garam,serbuk sup adabi,serbuk lada hitam.Biarkan hingga mendidih.Renih dgn api sederhana
  4. Biarkan sup ayam tadi mendidih,kita sediakan bhn2 lain seperti daun sup, daun bwg,taugeh dan sambal kicap.


SAMBAL KICAP
6-10 batang cili padi hijau
 2 ulas bawang putih  
Kicap manis
Sedikit jus limau nipis

Caranya:-
Tumbuk cili dan bwg putih hingga lumat.
Masukkan ke dlm mangkuk kecil dan curahkan kicap manis.
Tambahkan sedikit perahan jus limau nipis.Kacau sebati.Siap.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....