Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Tuesday, 25 February 2014

Kuih Lopes

Masih lagi dalam loyang,baru je siap kukus.......
 Hari nie saya  terajin sangat nak ke dapur.....start dari pagi tadi,sambil menadah air coz kat Selangor nie ada catuan air,tapi tak tau start dari kawsan mane....so,kenalah tadah air banyak2,karang bila air dah tak keluar,x de lah susah2 nak cari air..... semua tong2 lama yang tersorok2 saya keluarkan utk tadah air....susah kalau x de air nie .....


oklah berbalik pada entry utk petang ini,saya nak kongsikan minum petang saya,kuih lopes....
Kuih Lopes nie mmg fav saya,cuma dulu2 time sekolah tak pernah pun jumpa kuih nie,bila dah dok kat bandar nie baru tau.....skrg nie,  bila dh sekali mkn,terasa nak lagi....

 Tersangatlah mudah untuk membuatnya bagi sayalah,tapi baru nie berkesempatan utk melaksanakannya......maybe lepas2 nie ada ulangtayangnya lagi(kalau rajinlah)...hihihi....

 Hajat hati nak makan kuih lopes nie dah dapat.....dapat juga bagi kat jiran sebelah dan jiran belakang rumah untuk merasa  airtangan saya.......Apa2 pun terima kasih pada yang empunya resepi ini dan yg sudi share.......Mohon ditepekkan resepinya di sini pula yea.....



KUIH LOPES

Sumber:Myresepi@tulip77

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam(saya kukus sekejap)
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
  5. Saya guna foil aluminium utk balut pulut.MAsukkan pulut,tekan2 sikit,gulung dgn kemas,punjutkan kiri dan kanan foil tu.

8 comments:

  1. Lamanya kak ina tak buat kuih lopes..tengok kuih lopes awak terliur la pulok..heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nie pun 1st time buat.....kalau xteringin nk mkn x de lah nk wt..

      Delete
  2. salam myda. ros pun blm pernah try buat sendiri. dulu2 dok beli je kat kedai. kalau rajin blh buat gak ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha;ah cukup senang nk buatnya....,buat dlm 1 cawan pun dh dpt banyak jugak!...

      Delete
  3. Replies
    1. sesekali mkn tu mmg sedap,tp x leh banyak2,nanti angin pulak..

      Delete
  4. Assalamualaikum myda ..mmg peberet Uj kuih lopes ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....