Semanis Epal Hijau

Tuesday, 18 February 2014

Bihun Sup

 Malam semalam dh kepingin benor nak makan bihun sup,nk gi kedai punyalah malas sungguh,dengan bdn yg lemah dan pening2 nie...so cuma sumbat mulut dgn biskut kering cicah air milo je....jadilah daripada biarkan perut kosong,yg penting terisi jugak kan!!!!....

Dah kepingin nak makan, so pagi2 dh gi kedai,beli bahan2 nak masak.....
maka dengan rasminya lunch hari nie adalah bihun sup......
mudah dan senang dimasak...
anak2 pun suka sgt bihun sup nie,nak2 lagi si Yaya .....bertambah2 dia makan,habis 1 mangkuk tambah lagi 1 mangkuk bihun......suka tgk si Yaya makan banyak....


Kalau masak sikit je,biasanya saya rebus terus aje....tapi kalau nak buat banyak2 saya tumis dulu bahan2 nya...

Bahan-bahan:-
1 paket bihun
1/4 drp 1 ekor ayam-potong kecil2
Sup bunjut(lalukan air ke atasnya,supaya hilang kotoran@habuk2)
2 kiub pati ayam knorr
Garam
Air secukupnya
Serbuk sup abadi secukupnya
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis


Bahan tumbuk:-
Halia
Bawang merah
bawang putih

Bahan tumis:-
Kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Bahan lain:-
Taugeh,daun bawang,daun sup,bawang goreng

Cara-caranya:-
  1. Masak air hingga didih,masukkan bihun,slowkan api,biarkan hingga lembut.Toskan.Kemudian jiruskan air sejuk ke atas bihun dan toskan lagi.
  2. Panaskan minyak,tumiskan bhn tumis dan bhn tumbuk hingga kekuningan.Masukkan ayam,kacau sebati dan biarkan ayam tadi masak sekejap atau hingga keluar minyak.
  3. Masukkan air,kiub pati ayam,sup bunjut,garam,serbuk sup adabi,serbuk lada hitam.Biarkan hingga mendidih.Renih dgn api sederhana
  4. Biarkan sup ayam tadi mendidih,kita sediakan bhn2 lain seperti daun sup, daun bwg,taugeh dan sambal kicap.


SAMBAL KICAP
6-10 batang cili padi hijau
 2 ulas bawang putih  
Kicap manis
Sedikit jus limau nipis

Caranya:-
Tumbuk cili dan bwg putih hingga lumat.
Masukkan ke dlm mangkuk kecil dan curahkan kicap manis.
Tambahkan sedikit perahan jus limau nipis.Kacau sebati.Siap.




Saturday, 15 February 2014

Sotong masak cili

Menu lunch hari ini...
tak de yg special,cuma sotong masak cili merah aje...
sian saya,masak tapi anak2 tak jamah pun sotong masak cili nie...
last2 saya dan adik je yg makan,nasib baik adik tak keje,lehlah tolong2 perabiskan sotong cili nie...

Sotong nie jiran sebelah rumah bagi mentah2,dah 2,3 hari...baru hari nie masak....tupun masak 2 ekor je,tak leh banyak2....selalu jugak jiran sebelah nie bagi apa2 ,banyak dah pinggan dia kat rumah,nak balas,tak rajin nak masak.....huhuhu..


SOTONG MASAK CILI
 Bahan-bahan:-
2 ekor sotong(ukuran seekor sotong dlm 2 jengkal)
4 batang lada merah
1/2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
3 bji cili hijau
Garam & Ajinomoto
Minyak
Air asam


Cara-caranya:-

  1. Sotong di siang ,buang tulang &,potong kecil2.Basuh bersih dan toskan.
  2. Blender bwg merah,bwg putih,cili hijau & lada merah.
  3. Tumiskan bhn blender hingga betul2 masak @agak2 sedikit kering.
  4. Masukkan sotong,kacau rata,masukkan garam & aji.
  5. Kacau sebati,padam api bila sotong dh masak.


Tuesday, 11 February 2014

Donut Lembut

Ptg nie ada semangat sikit nak buat kuih utk makan2 ptg...entahlah,maybe mulut teringin nak makan,tu sbb tangan dan badan pun kena paksa ringankan dan rajinkan utk membuatnya....lagipun ,la nie perut asyik kena sentiasa terisi,makan sikit tapi kerap.......nak makan nasi tak de selera,kalau makan pun tunggu perut nak masuk angin barulah sibuk2 nak cari nasi......
Memang sangat gebu dan lembut donut nie,rugi saya tak mencubanya awal2 lagi.......Apa2 pun terima kasih pada Kak Yatie yang memanjang2kan resepi donut nie.Resepi asal dari Hasue myresepi.Thanks sudi berkongsi resepi yea.....





Donut Lembut
Sumber:http://yatiememories.blogspot.com/2013/07/donut-lembut.html

Bahan-bahan (Untuk pelbagai Jenis Kuih Muih yang memerlukan doh yang lembut)
500 Tepung berprotein Tinggi/tpg roti(guna tepung gandum pun ok)
1 paket Yis segera-11gram(jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50gm marjerin/butter
1 sudu makan (penuh)shortening(lelemak sayuran)
2 sudu makan(penuh)gula pasir
2 sudu makan susu pekat/susu tepung(ikut citarasa)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam.Masukkan yis segera,gula pasir,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8- 10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dh sebati tu kacau satu arah je menggunakan sudu.
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tdk melekat di tangan.(sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,)kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10 minit)boleh terus sahaja dicanai setebal stgh inci(agak2 je).Boleh tambahsedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dgn api perlahan.Gunakan minyak yang banyak utk mrnggoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti dount gorengna pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab dounut ni anak mengembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur).
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan.Sedia utk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.SELAMAT MENCUBA ^_^

Wednesday, 29 January 2014

Kuih Siput

 
Semalam merajinkan diri untuk menyiput,berkat kesabaran walaupun dirundung  pening2,alhamdullilah masih boleh lagi menyudahkan menggentel kuih siput ini seorang diri dgn ditemani 2 anak kecil yang suka bermain dgn adunan ..... nielah hasilnya kuih siput yang saya masih lagi guna resepi K1 blog Citarasawan.
Cumanya saya tambahkan lebih santan,maybe sukatan tepungnya agak terlebih kot,tu yg kena guna air/santan lebih.....agak2 cukup untuk adunan boleh diuli dan dibentuk.....x delah terlalu keras@terlalu lembik....saya doublekan bahan2nya sebab malas nak menguli lagi,buat banyak sekali,senang......time tgk tv ke bolehlah sambil2 ngunyah2 kuih siput nie....





KUIH SIPUT
Sumber:K1@Resepi Citarasawan
Bahan-bahan:
  • 250gm tepung gandum
  • 70gm marjerin(3 sudu besar)
  • 1 biji telur -dipukul ringan
  • 1 sudu besar ketumbar-kisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis-kisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan putih-kisar halus
  • 1 sudu besar udang kering-kisar halus
  • 1 sudu besar serbuk cili/serbuk kari daging
  • 1/2 sudu teh garam
  •  2 sudu besar santan/air

Minyak untuk menggoreng
Beberapa tangkai daun kari

Cara-cara:
  1. Gaul tepung,garam dan marjerin bersama rempah kisar dan udang kering hingga rata.Masukkan telur dan santan.Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil secubit adunan,geselkan dan gulung di atas papan acuan siput.
  3. Goreng dengan api sederhana.Apabila hampir garing,masukkan daun kari,goreng hingga garing dan rangup.Angkat dan toskan.
  4. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Saturday, 25 January 2014

Terung bercili dgn kacang panjang

 Assalamualaikum......
Lama tak update pasal masak2,sejak mabuk2 nie asyik nak baring je kalau boleh.....
tapi x boleh selalu baring ,masak tetap kena masak walaupun yg simple2 .......
dan masak pun bila tekak nak makan,kalau x membazir je masak.....
Ntah dari mana datangnya terung comel2 nie,tetiba je ada kat dalam peti sejuk,maybe adik bawak kot@kawannya bagi ke......Sejak mabuk2,ikutkan mmg x de selera nak makan,tapi paksa jugaklah,kalau tidak perut masuk angin nanti,terus jadi pening.......tekak mabuk nie,kalau boleh nak makan yg pedas2....so masaklah terung cili bersama kacang panjang......siap jer masak,cepat2 makan,tak tunggu dah org lain.....


 Bahan-bahan:-
Terung
Kacang panjang
4 @5 batang lada merah
2 @3 biji cili hijau
1 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
sedikit belacan
Ikan bilis
Garam & perasa secukupnya

Cara-caranya:-

  1. Blender semua bhn kecuali ikan bilis.
  2. Gorengkan ikan bilis hingga sedikit garing,masukkan bhn blender,biarkan hingga naik bau.
  3. Masukkan terung,kacau sebati ,biarkan sebentar biar empuk sedikit.
  4. Masukkan garam dan bhn perasa.
  5. Agak2 terung dah empuk ,masukkan kacang panjang,kacau rata dan angkat.

Monday, 20 January 2014

Ubi goreng berempah

 
 Ada 3 ketul ubi aje kat rumah,itupun yang kecik2....adik bawak,katanya ada jiran sebelah rumah adik yg sorang lagi tu bagi......kalau nak buat talam ubi memang x cukup,alang2 busuk ,elok saya goreng jer....tak nak guna banyak sangat bahan2,cuma saya guna rempah dan bwg putih,serbuk lada cili,kunyit dan garam ...


 Teramatlah mudah utk menyediakannya....

UBI GORENG BEREMPAH
Bahan:-
2 ketul ubi muda
1sk ketumbar
1sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 ulas bwg putih
serbuk cili kisar
serbuk kunyit
garam

Semua bahan ditumbuk dan lumurkan pada ubi yg dah siap dipotong2.
Perap sekejap.Goreng hingga kekuningan dan masak.Angkat dan toskan.
Sedap kalau dimakan dgn sambal kicap....









Sunday, 19 January 2014

Keropok Laksa




 Kopok nie da famous rasanya kt FB,cuma saya  baru nak start mencuba....Kebetulan ada laksa berbaki kat rumah,sesaja nak try......sedap ke??...bila dah digoreng rasanya tawar,macam tak sedap jer.....tapi lepas ditaburkan dgn serbuk cheese ....ternyata sedap jugak!!......saya  dah cuba,you all bila lagi???.