Semanis Epal Hijau

Friday 18 October 2013

Daging korban masak merah@sambal

Surau berdekatan dgn rumah saya tu ada buat korban,sempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas...4 ekor lembu utk korban dan 1 ekor lembu utk aqiqah..tapi 1 bungkus daging korban pun tak dapat....ntah tak tahulah macammane diorg nie bagi2 kan.....maybe 1 buah rumah ada yg dapat 2@ 3 bungkus kot...

Padahal penduduk Jalan 6B nie bukannya ramai mane pun...yang sepatutnya kenalah bagikan setiap rumah ke rumah kan!!ini tak,.....kalau yg balik kampung @yg tak de kat rumah memang tak dapatlah jawapnya....


Tapi tak apalah dah tak dapat nak wat camner.....mungkin bukan rezeki saya @yg yang memerlukan diutamakan dulu...

Kebetulan anak buah en hubby ada amik 1 bahagian tuk korban...1 bahagian kat sini tak silap saya RM450.00..dan apa yang saya dengar dari dia cakaplah....kalau tempat lain saya tak taulah....
Petang raya tu jugak anak buah en hubby datang hantar daging korban tu....alhamdullilah,dapat jugak merasa walaupun tak dapat daging korban kat surau berdekatan dgn rumah.

Hari nie baru sempat saya kerjakan daging korban tu,saya masak merah,letak sikit sos2,..nak bagi bau aroma,letak lengkuas sikit di samping bhn2 lain.





DAGING MASAK MERAH @SAMBAL

Bahan-bahan:-
  • Daging 
  • Bawang besar@holland-hiris
  • Lengkuas-diketuk aja
  • Tomato-belah 4
  • Daun sup @daun bawang utk hiasan
  • Minyak secukupnya
  • Garam dan bhn perasa
  • Air secukupnya
Bahan kisar:-
  • Cili kering-rebus sekejap,basuh & buangkan bijinya
  • Bawang merah besar
  • bawang putih
  • Halia
Bahan sos:-
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Kicap manis-letak sikit aje.
Caranya:-
  1. Potong nipis daging dan rebus hingga empuk.Tumiskan bhn kisar hingga naik bau dan sedikit kering.
  2. Masukkan daging tadi ,lengkuas yg diketuk dan sedikit air,kacau rata dan biarkan seketika ..biar daging betul2 meresap dgn bhn tumis .
  3. Masukkan semua sos dan perasakan garamnya...kalau kuahnya kering,boleh tambahkan sikit air lagi.
  4. Agak2 dah nak masak ,masukkan hirisan bawang holand dan tomato.Kacau sebati dan tutup api..
  5. Hidangkan dan hiaskan dgn daun bawang@sup....









2 comments:

  1. salam..

    daging masak merah tu nampak menyelerakan..lapar perut ni tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sgt sedap....bertambah2 nasi saya mkn..huhu....

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....