Semanis Epal Hijau

Tuesday 16 July 2013

Buah Melaka

Kuih onde-onde nie utk Iftar semalam punya,dah 6 hari berpuasa baru sekali buat kuih sendiri ngap sendiri.Nak beli  RM2.00 pun bukannya banyak sangat....elok buat sendiri ,baru puas makan...kebetulan ada 2 org adik dok sekali,dh ramai2 nie kenalah buatkan!!!!....save sikit budget.....!!!

 Resepi asal dari SINI,tapi ada sikit tambah tokoknya...saya gandakan bahan-bahannya dari resepi asal.Dan saya hanya menggunakan bahan yg sedia ada kat rumah saja,tidak menggunakan daun pandan seperti dalam resepi asal...saya gantikan dengan pewarna hijau dan esen pandan.Ok,sesiapa yang nk tgk resepi asal,bolehlah lawat ke blog resepidaria yea....

BUAH MELAKA@ONDE-ONDE
Sumber:Resepidaria
Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air-utk menguli doh
  • 1/2 sk pewarna hijau
  • 1 sk esen pandan
  • 2 ketul gula kabung
  • 1 cawan kelapa parut
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum ke dalam bekas.Tuangkan pewarna hijau ,esen pandan,air dan uli hingga menjadi doh.Ketepikan sebentar.
  2. Ambil sedikit doh dan masukkan gula kabung yang dipotong dadu tadi kedalamnya dan bulat2kan.Buat hingga habis.
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
  4. Apabila air sudah betul2 mendidih,masukkan bebola buah melaka tadi.Biarkan hingga bebola timbul dipermukaan air,barulag diangkat dan ditoskan.
  5. Kelapa parut digaulkan dengan sedikit garam.
  6. Gaulkan buah melaka dengan kelapa parut dan sedia dihidang.
Nota:-
  • Kuih buah melaka anda akan pecah air gula jika bancuhan doh terlalu lembik.Sukatan air di atas sudah mencukupi dan jika perlu hanya tambahkan sedikit air saja,..jangan terlebih.
  • Perahan air daun pandan menyedapkankan lagi buah melaka.
  • Potongan gula kabung yang besar juga menyumbang kepada buah melaka pecah ketika dimasak.

1 comment:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....