Semanis Epal Hijau

Tuesday, 10 December 2013

Inilah dia hasilnya.....

Hari nie nak kongsikan hasil pancingan my hubby ....rabu yg lepas,my hubby gi mancing kat Tasik Banding,tempat yg kami pergi 2 kali bersama family tu,tapi kali nie my hubby pergi solo dgn kawan2nya saja....gi 3 hari 2 malam (5/12/13 hingga 7/12/13)....naik pun bot kecik aje,x naik boathouse cam yg family2 naik dulu....
Banyak jugak dapat ikan seperti ikan lampan,baung.haruan,toman,sebarau dan ikan tengalan.Ini adalah bahagian my hubby,hasil pancingan di bahagi kepada 8 orang....seorang dapat banyak nielah...tapi my hubby tak amik ikan toman,ssb kami x makan.....

Ikan lampam nie saya nak buat ikan pekasam,saya dan hubby mmg suka makan ikan pekasam....dan nantikan entry seterusnya bagaimana cara-cara nak buat ikan pekasam yea...

Ini ikan Tengalan,ikan nie diorg dapat  2 ekor dan setiap seekor beratnya 8kg...beratkan!!...setiap seekor ikan nie dibahagiakn kpd 4 bahagian ..dan my hubby dapat bahagian kepalanya...mmg besar!!...

ini bahagian ikan tengalan yg my hubby dapat dan telah siap dipotong2 oleh kami keesokan paginya sesudah sampai di rumah.Lembut aje isinya,kami cuma goreng  dan separuhnya masak cili.

Yang nie pula ,ikan sebarau,yang telah siap kami siang dan potong2.....ikan nie my hubby dpt 1 ekor je,maybe yg lain dh dibahagi2kan sama banyak....

Tak tau lagi nak masak apa dgn ikan sebarau nie,jarang2 mkn ikan nie....kalau mkn pun yg kecik2 sikit,bukan besor cam nie.....

Ini lah dia ikan2 yg nak di buat pekasam nanti,skrg nie (masa menaip entry ini)dh buat pun ikan pekasam,saya dah basuh bersih2,toskan,perap dgn garam & asam keping..seterusnya salutkan dgn beras.Entrynya nanti yea,nak siap2 kan satu2 dulu...dan tunggu ,nanti saya kongsikan cara-cara nak buat ikan pekasam......

Ikan baung nie tak termasuk dlm pekasam yea,yg baung nie nak masak apa yerk???ada suggestion tak??....

Saturday, 7 December 2013

Water roux

Apa itu water roux?
Water roux starter(Ibu roti) atau dikenali sebagai Tang Zhong adalah kaedah tradisional masyarakat China dahulu dalam penyediaan mee dan kulit dumpling.Sekarang digunakan dalm pembuatan roti dan bun.

Water roux adalah campuran tepung roti dan air iaitu 1 bahagian tepung dan 5 bahagian air :50gm tepung roti dan 250ml air.Dimasak di atas api perlahan hingga pekat.Digunakan sebagai starter atau agen penaik dan pelembut yang dicampur bersama bahan asas roti.Kaedah ini menjadikan bun dan roti gebu dan anjal.
kredit:sakinah-omars.kitchen.blogspot.com


baru jap tadi dah publish post donut gebu,amik resepi dari FB Kelab Roti....yang menggunakan water roux.
Disini  saya juga nak letak resepi water roux,senang utk saya rujuk kemudian hari.....

1/4 cawan tepung gandum
250 ml air

Untuk membuat water roux
  • 1 ratio tepung  5 ratio air
  • Masukkan kedalam  periuk dan kacau sebati adunan ini.
  • Letakkan di atas api sederhana dan terus kacau untuk menggelakkannya berketul.
  • Masak sehingga adunan menjadi pekat.
  • Masukkan ke dalam bekas sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.
  • Keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.
  • Water roux ini bertahan selama 3 hari.
  • Jika bertukar warna dan tekstur JANGAN digunakan lagi.

Donut gebu




 Hari nie tak keje,dapatlah buat donut bersama anak-anak.....resepi dari Isma Maisarah,amik dari FB Kelab Roti...tersangatlah gebu dan lembut....thanks yea Isma utk resepinya.....Saya letakkan resepinya di sini pula yea untuk perkongsian bersama....

Jom semak resepinya....




 DONUT (guna water roux)
Sumber:Isma Maisarah @FB Kelab Roti

Bahan-bahan:-
  • 250gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis segera
  • 2 biji kuning telur
  • 50gm gula
  • 2 sudu besar water roux
  • 50-60ml air dari peti sejuk
  • 50ml minyak masak
  • sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis,gaul rata.Masukkan gula,kuning telur dan water roux.Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan minyak dan garam.Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh lembut.Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik.Uli hingga doh lembut ,x melekat di tangan dan mangkuk.
  3. Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda.Setelah doh naik,tumbuk2 doh,canai dan terap.Rehat doh 30 minit lagi.Kemudian bolehlah digoren menggunakan minyak yg panas dan api yg perlahan.

 *Lepas habis terap,saya terus goreng je,x rehatkan doh lg.


Friday, 6 December 2013

Nasi Goreng

 Hari nie bf nasi goreng yang simple dan sedap,penuh dengan kaler2 untuk menarik perhatian anak-anak makan sayur(tgk jenis sayur jugak,kalau kangkung  anak2 tak nak).....tambah pulak ada 3 @ 4 keping keropok....errrmmm,mmg berselera betul!!....


Senang jer kalau nak buat anak-anak suka makan sayur,buat nasi goreng letaklah sayur bagai(saya suka letak kobis dan carrot.....itu dah cukup untuk membuatkan diorg makan sayur)....bila dah ada 2 jenis sayur nie,saya tak lah letak isi ayam ke,sotong@daging...segala isi2 tu mmg diorg x kan amik pun,kadang2 sempat lagi diorg pilih2 nasi yang tak de segala isi bagai....yg ada tu tolak ke tepi ......
Alhamdullilah,suka saya tgk kalau anak-anak saya makan sayur,sejak diorg kecil lagi saya mmg kerap beli 2 jenis sayur nie..... selain kobis,sayur bayam dan sawi pun  sayur fav anak-anak saya....tp bagi saya kalau ada cendawan pun sedap jugak!!

Tujuan saya meletakkan sikit minyak bijan adalah untuk menaikkan aroma nasi goreng tu.
Saya dan family selalu jugak makan nasi goreng kat restoran Italy  Bangi,ada rasa kesedapan pada nasi goreng tu,rupa2nya diorg letak sikit minyak bijan.Asyik teringat2 je nasi goreng restoran Italy tu.....Selain tu,ada juga resoran nasi ayam yunan kat bangi jugak,mmg sedap ayamnya..tu pun ada letak minyak bijan...ayam yg telah siap dipotong tu diletakkan dalam pinggan,kemudian ada lah timun jepun,daun2 sup,kicap cair dan dicurahkan sikit minyak bijan....



NASI GORENG
oleh:myda_ahmad
Bahannya:-
  • Nasi putih
  • Kobis beijing & kobis merah
  • Carrot 
  • Garam secukupnya dan serbuk pati anam knorr
  • Minyak
  • Telur
  • Setitis dua minyak bijan
Bahan tumbuk:-
  • Bawang merah
  • bawang putih
  • Ikan bilis
  • belacan
  • Cili padi
Cara-cara:-
  1. Panaskan minyak,tumiskan bhn tumbuk hingga sedikit garing,masukkan telur,kacau2 bagi hancur.
  2. Masukkan nasi,gaul sebati,masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan sayur2,kacau lagi....(bila dah masukkan sayur,jgn masak terlalu lama,sekadar kobis tu layu aje).
  4. Masukkan sedikit minyak bijan,kacau sebati dan tutup api.

Wednesday, 4 December 2013

Apam Mekar Aiskrim Soda

Mencuba resepi apam mekar ini di petang rabu untuk minum petang ini.Resepinya memang banyak kat internet,tapi kali ni saya cnp dari blog Ros@Jintan manis.Mudah jugak buatnya yerk....Tp apam saya nie terlalu mekar sangat ...alhamdullilah nampaknya gebu jugak.... saya tambah sikit baking powder,resepi asal tak de....dan masa mengukusnya saya lebihkan sikit 10 -15 minit,sbb saya menggunakan papercup yang besar.
 

APAM MEKAR AISKRIM SODA
Resepi:En Hadi & Isteri
olahan:Bonda &Nuwairani
Cnp:Ros@Jintan manis
Bahan-bahan:-
  • 3 butir telur gred A
  • 1/1/2 cawan gula pasir-boleh kurangkan kalau tak nak manis(ros letak satu cawan gula)
  • 1 sudu teh ovellete
  • 1 cawan air aiskrim soda F&N-guna jenama nie je tau!
  • 3 cawan tepung gandum(saya guna tpg naik sendiri)
  • 1/2 st baking powder-saya tambah
  • beberapa titik esen pisang-untuk kurangkan hanyir telur(ros guna esen vanila)
  • beberepa jenis pewarna yang disukai(ros guna warna biru,ungu,pink dan hijau)-saya guna pink dan hijau
  • (ros rasa nanti next time ros nak letak sikit baking powder kot,sbb nak apam ni naik lagi cantik,tp x try lg br bercadang)
Cara-caranya:-
  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovellate.Pukul sehingga kebang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan air aiskrim soda dan pulku sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen pisang@vanila ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Matikan suis mesin mixer,bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup bersaiz S(cup yg org guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup.Jangan melimpah pulak.
  7. Kukus dengan api besar selama 7 minit.(saya kukus 10-15 minit,sbb guna papercup cake yg besar)
TIPS PENTING dari Nuwairani
  • Bahan2 yang digunakan mestilah mengikut sukatan yg sepatutnya.Kalau terlebih tpg,apam akan jadi keras.Kalau terlebih aiskrim soda,apam akan jd lembik.
  • Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2.Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.
  • AIskrim soda mestilah diguna yang jenama F&N.Kalau jenama lain,apam jadi kurang menjadi.Air aiskrim soda ni pulak tidak boleh guna yang lama.Maksudnya kalau nak buat apam ini mesti guna air yang baru dibuka.Kalau dah kurang gasnya,apam tidak akan naik juga.Memang bantat la.Sebab resepi ini tak guna baking powder.kembang apam bergantung kepada gas aiskrim soda tu.
  • Waktu mengukus pula tidak boleh lebih,tidak boleh kurang.Kalau terlebih nanti apam meresap air pula.Kalau kurang apam tak masak betul.
  • Kalau nak tahu apam tu menjadi ke tidak,boleh tgk bahagian tapaknya tu rata dan cantik(tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah.Apam pun jadi ringan dan gebu aje.
  • Jangan takut nak mencuba.Mak nani buat 10 kali pun,tetap ada juga silap sana sini.So,selamat mecuba!!!!.









Saturday, 30 November 2013

Waffle lagi...

Merajinkan diri untuk membuat waffle santapan dipagi sabtu yg cerah....walhal buatnya bukan susah mana pun.....cuma kurang  keinginan nak makan benda2 yang berminyak nie ......pernah buat sebelum nie di sini..resepi dari FB Ada Resepi Jom Kongsi.....bezanya,saya blender aje semua bhn2 tu,senang kerja.....

WAFFLE RANGUP


Bahan-bahan-dpt dlm 8@ 9 keping waffle:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis kering atau instant yeast
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik(full cream mikl)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan air panashangat/suam(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
  • 1@2titis pewarna kuning-saya tambah

Cara-caranya:
  1. Campurkan tepung gandum,yis kering,gula,garam,mentega,telur ,esen vanila dan susu segar.Gaul sebati....masukkan air suam/hangat sedikit demi sedikit.Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.(saya blender semua bhn tu)..
  2. Rehatkan sebentar dalam 10-15 minit.
  3. Panaskan waffle maker dulu...agak2 dlm 5-10 minit..
  4. Masukkan bancuhan tpg ditgh2  maker waffle dan ratakan....tutup penutupnya.Biarkan sehingga masak kekuningan...siap masak,boleh sapu dgn mentega kacang..ermmm sedapnya.

Friday, 29 November 2013

Karipap Pusing Noorsha-step by step

Gembiranya hati saya,bila dapat buat karipap pusing dengan jayanya.....Sebelum ini ada pernah buat,tapi yang pasti bukan tahun ini....masa uli tu elok aje dan senang,bila nak campurkan dua-dua doh tu,dah rasa macam payah,buat2 tak jadi jugak, dah give-up...buat je macam karipap biasa..memang tak pernah buat yang jenis karipap pusing ini....

Hari ini nekadkan hati nak buat lagi karipap pusing lagi.....alhamdullilah dgn berkat kesabaran saya,berjaya jugak buat......walaupun ada anak2 yang sibuk dok kacau dan main2 doh tuh.....

Kali ini saya rujuk blog Kak Noorsha,1001 Cerita 1001 Rasa.....kat situ ada ditunjukkan step by stepnya....saya nie dahlah tak pandai nak pusing2,bila ada step by step nya so,senanglah untuk saya memahami dan membuatnya....dan hari ini terlebih rajinlah pulak,nak buat tutorial sikit,bukan apa,nanti2 bila nak buat karipap pusing ini lagi tak payah lagi nak google....lagipun saya nie jenis yang pelupa ,lainlah kalau dah selalu buat.....nie buat pun setahun sekali gaknya.....


KARIPAP PUSING
Sumber:1001 Cerita 1001 Rasa@Noorsha blogspot

Bahan Doh Marjerin
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar marjerin

Bahan Doh Minyak
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam

Cara-cara Doh Marjerin
Satukan marjerin dan tepung gandum,gaul sebati dan kepal2kan kepada 5 bulatan sama besar..ketepikan.

Cara-cara Doh Minyak
Satukan garam ke dalam air sejuk,kacau sedikit hingga larut,masukkan ke dalam adunan tepung beserta minyak,uli hingga rata.Bahagikan kepada 5 bahangian bulatan sama besar..ketepikan.

(Lihat ilustrasi gambar step by step di bawah untuk memudahkan pemahaman anda:)
  • Perbandingan antara doh marjerin dan doh minyak,pastikan doh minyak lebih besar dari doh marjerin.
  • gelek sedikit doh minyak dan letakkan doh marjerin di tengah2nya..
  • Tutup doh marjerin menggunakan doh minyak..tutup rapat2 dan bentukkan bebola semula.
  • Doh marjerin yang siap dibungkus bersama doh minyak.
  • Gelek leper doh yang siap dibungkus seperti dalam gambarajah.



  •  Doh yang dah siap digelek.
  • Gulung doh yang dah siap digelek.
  • Doh yang dah siap digulung.
  • gelekkan doh yang digulung tersebut sekali lagi.
  • gulungkan semula seperti  dalam gambarajah.
  • anda akan dapat hasi gulungan terakhir seperti gambar dalam petak terakhir.


  • Gambarajah menunjukkan hasil 3 gulungan dari 3 bebola.
  • potong setiap satu gulungan dengan pisau anggaran ketebalan 1 cm setiap satu.
  • Gambar seterusnya menunjukkan hasil potongan gulungan tadi.
  • gelek adunan yang siap dipotong seperti gambar di atas..pastikan gelekan TIDAK terlalu TEBAL dan TIDAK terlalu NIPIS...gambarajah menunjukkan permukaan atas doh yang digelek.
  • Masukkan intinya dan kelim tepinya dengan kemas.Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.



 Inti Karipap Pusing
  • 3 biji kentang Russet
  • 1 batang carrot
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • ikan bilis
  • serbuk kari
  • serbuk cili,serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk pati ayam knorr
  • Garam dan air secukupnya
  • minyak

Cara-caranya:-
  1. Buang kulit kentang dan carrot,potong dadu,basuh dan toskan.
  2. Tumbuk bwg merah,bwg putih dan ikan bilis.
  3. Panaskan minyak,tumis bhn tumbuk...hingga naik minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk cili,gaul rata dan masukkan sedikit air
  4. Masukkan kentang dan carrot, garam,serbuk pati ayam knorr dan serbuk lada sulah..biarkan dan masak hingga kentang dan carrot empuk dan kering sedikit.



 bagi saya yang nak mengidealkan berat badan nie,memang tak boleh makan dan buat selalu...tapi bila dah tak leh control, habis satu nak amik satu lagi....huhuhu...