Semanis Epal Hijau

Friday, 4 July 2014

Sayur Lodeh


Nak letak entry tertunggak dek kerana pc rosak....bila dh elok nie,kenalah cepat2 selitkan dalam blog....
Masak lodeh yg sememangnya fav saya juga.Kisah kt kampung,kalau time musim raya tiba je,malam raya dah ada org kunjung juadah dan sememangnya  lodeh mesti tetap ada selain rendang,ketupat,sambal kacang,ayam masak merah.......jiran2 sebelah umah bagi,belum yg kiri,kanan,belakang rumah..kalau dah 4,5 buah rumah bg juadah lodeh,4,5 mangkuklah hanya utk lodeh saja....ada yg lodeh kuning dan ada juga yang hanya putih saja......ada tu yg siap letak cendawan cina lg.....


Mak kata,kalau nk tahan lama@lambat basi kena tumis dulu rencahnya....Agak lama jugak tak masak lodeh nie,kalau teringin saja baru masak....lau x masak yg goreng2 je....

BAHAN-BAHANNYA:-
Tempe& Tauhu-dipotong kecil dan goreng
Soohoon-direndam dan gunting pendek
Tauhu kering-direndam,potong pendek
Kacang panjang-potong menyerong
Carrot-potong mcm btg mancis
Lada merah-potong menyerong
Santan pekat & santan cair
Air secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Serai-diketuk
Garam secukupnya
Sedikit minyak

BAHAN TUMBUK:-
1 biji bwg sederhana besar
3 ulas bwg putih
Udang kering

CARA-CARANYA:-
  1. Tumis bahan tumbuk  dan serai hingga naik minyak.Masukkan santan cair dulu,bila dh mendidih perlahan masukkan carrot.Biarkan seketika  hingga carrot lembut.Api biar perlahan.
  2. Masukkan santan pekat dan air secukupnya serta garam.Didihkan sebentar.
  3. Masukkan Kacang panjang,tempe,tauhu,sohoon,tauhu kering,lada,kobis.Kacau selalu,supaya santan tak pecah minyak dan masak dgn api perlahan.Didihkan hingga masak.







2 comments:

  1. Sedap sayur lodehnya tu, nampak menyelerakan! Selamat berpuasa buat Myda & seisi keluarga.

    ReplyDelete
  2. nice sharing... enak bangatttt... tq recipe..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....