Semanis Epal Hijau

Tuesday 15 November 2011

Donat

Assalamualaikum.........
Donat memang kesukaan saya dan anak2...biasanya kalau nk makan saya akan beli je kat kedai,tp kali ni saya nak cuba buat sendiri,sebelum nie pun saya ada juga buat cuma x sempat nak amik gambar.....selalu jugak saya belek2 resepi2 donat di internet khususnya kat MYR @Kongsi Resepi.Ada bermacam2 jenis donat dan lain2 resepinya.Tp kali nie saya nak cuba resepi dari surinah@myresipi.com sebab resepinya simple & senang untuk dibuat......izinkan saya c&p kat blog saya....terima kasih ya surinah@myresipi.com.




                         

 Sumber :surinah@myresipi.com


  • 1/2kg Tepung gandum
  • 3/4 peket Mauripan (saya guna 1paket)
  • 2 sudu besar Gula (saya guna 1 sudu je)
  • 3 sudu besar Majerin (saya guna 2 susu besar je)
  • 1 biji Telur
  • Air suam- agak-agak adunan sampai doh tu sebati dan tak lekat
  • Minyak Masak
  • 2 sudu besar susu pekat(yg ni saya tambah,resepi asal x de)
  • Gula castor
  • 1 sudu besar shortening(ni pun saya tambah,resepi asal x de)
Cara-cara membuatnya,
  1. Sediakan tepung 1/2 kg yang telah diayak  
  2. Masukkan mauripan dan 2 sudu besar susu pekat serta 2 sudu gula dibancuh dengan air suam ke dalam tepung
  3. Diikuti telur 1 biji ,softening dan 3 sudu majerin
  4. Gaulkan adunan tadi sehingga menjadi doh
  5. Tinggalkan doh tadi 20 atau 30 minit
  6. Selepas itu, uli lagi doh dan seterusnya bolehlah dibentuk mengikut citarasa masing-masing
  7. Biarkan ia naik dan kemudian bolehlah digoreng.Selepas digoreng salutkan donat tadi dengan gula halus
Resepi dr surinah@myresipi.com ini saya olah sikit dengan menambah bahan2 lain seperti softerning,susu pekat manis dan air suam ....alhamdullilah sangat lembut dan gebu....selamat mencuba.....


**************************************
myda_ahmad

****************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....