Semanis Epal Hijau

Monday 21 November 2011

Nasi Lemak


Asalamualaikum....dan salam sejahtera.....Salam malam minggu......Sebenarnya N3 ni tidak terlewat lagi kalau saya nk save dalam blog saya,cuma x ada masa,bila cuti sekolah tiba lagilah banyak kerja yang nak dibuat,ini termasuklah mengemas rumah,buang sawang2 yg bersarang ,mengajar anak2 belajar mengulangkaji pelajaran ...dsb.....Kali ni N3 saya adalah Nasi Lemak.
Nasi lemak memang kesukaan ramai,tidak terkecuali saya dan anak2.Biasanya kalau nak bf ,saya akan membeli di kedai 2 tepi jalan @medan selera......tapi kalau nak sedap lagi dan boleh tambah2 lagi,saya akan buat sendiri ....ini adalah kerana anak2 saya ramai,kalau nk beli sekali-sekala tu bolehlah,tapi kalau dh selalu x boleh jadi nie.....pokai duit mama...


Nasi Lemak
Resepi:Hana Safira Hidayah


Bahan-bahan:
Beras
Santan
Halia
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sambal:
Cili kering@cili boh*
Bawang merah*
Bawang putih*
Belacan*
Ikan Bilis(digoreng dulu)
Serbuk perasa
Garam & gula

Bahan-bahan lain:
Timun#
kacang tanah(digoreng)#
Telur(di rebus@di goreng)#
Ikan bilis(digoreng)
minyak

Cara-cara membuatnya:
1.Beras dibasuh ,kemudian masak menggunakan santan dan letakkan hirisan halia dan sedikit garam  ke dalam periuk nasi.
2.Bahan yang bertanda * diblender.Tumis cili,masukkan serbuk perasa,garam dan gula.Bila dh betul2 masak masukkan hirisan bawang merah besar dan ikan bilis yag telah digoreng.
3.Sediakan bahan-bahan ynag bertanda #.Bila nasi dah masak,sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....