Semanis Epal Hijau

Friday 18 November 2011

KEK MENTEGA

Hari ni hari jumaat,hari last persekolahan untuk tahun 2011.Anak2 yg sekolah seisi ptg pun ponteng sekolah....masing2 dh malas nk g sekolah....maklumlah kt rumah ada komputer dan internet masing2 nk main game aje....kadang2 tu berebut dgn mamanya....mamanya pun sibuk nk keep in N3 kat blognya......sambil2 tu saya cuba nk buat kek mentega,terasa tekak nk makan pulak kek mentega,so saya cuba godek2 resepi dari sumber Myresepi....sambil belek2 tu terlihat kek mentega yg senang & simple untuk dibuat dengan serba kekurangan bahan2 yg ada kt dapur....tp x apalah saya cuba buat dengan bahan2 yg ada saja....hari ni saya nak cuba buat kek mentega ni daripada aniez75@myresipi.com ....terima kasih kerana sudi berkongsi resepi...asalnya resepi ni pun dia ambil daripada majalah Mingguan Wanita....



Sumber: aniez75 @myresepi.com

Bahan-bahan ( Loyang saiz sederhana )

  • 250 g. mentega
  • 250 g. tepung kek (saya guna 2 cawan tepung gandum+ 1sk soda bikarbonat &1sk baking powder-diayak)
  • 240 g. gula kastor(bleh dikurangkan)
  • 6 biji telur (saya guna 5 biji telur je)
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah(kalau kaler len pn ok) saya guna colour hijau dan kuning
  • 1 sk ovellette(saya tambah,resepi asal x de)
  • 2 sb susu pekat dibancuh dengan 1/4 cawan air suam(saya tambah, resepi asal x de)

Cara-cara

  1. Pukul butter bersama gula  hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji,pukul lagi hingga kembang.
  3. Kemudian masuk tepung yg diayak sedikit demi sedikit,gaul sebati.
  4. Kemudian masuk esen vanilla.Gaul sebati.
  5. Bahagi kepada 2 adunan,satu dimasukkan pewarna merah dan satu lagi kaler asal.Sapu butter/marjerin dalam loyang,kemudian tuang adunan selang-seli hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 150'c selama 50-60 min.
Saya guna blender je.....
1.blender mentega,telur,gula,ovellette,even vanila dan susu hingga kembang
2.Kemudian tuang kedlm mangkuk,masukkan tepung yg diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3.bahagikan kepada 2 adunan,masukkan warna hijau kedlm satu adunan dan warna kuning kedlm satu adunan.
4.Sapu minyak pd loyang dan masukkan adunan selang-seli hingga habis dan bakar.

adunan yang baru siap dituang berselang-seli ke dalam loyang


corakkan ikut kesukaan anda

siap masak je terus uploadkan gambar ke blog,takut2 x sempat @x de masa...hehehe... sangat lembut.....  saya dah try, anda bila lagi.?.......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....