Semanis Epal Hijau

Wednesday 22 June 2011

Susu Ibu Susu Terbaik




Susu ialah satu-satunya makanan utama untuk bayi dalam bulan-bulan pertamanya.Susu ibu atau susu badan adalah susu terbaik bagi bayi anda.Ia mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh bayi anda yang tepat imbangannya dan tepat suhunya.Ia mudah hadam dan mudah serap.Susu badan mengandungi antibodi yang melindungi bayi anda daripada jangkitan.Ia dapat menjimatkan waktu dan wang dan tidak menyusahkan.Anda tidak memerlukan botol,kecuali susu badan anda perlu diserah.manfaat yang paling baik menyusukan susu ibu ialah ia melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam dan mengeratkan perhubungan antara anda dan bayi anda.
Cara yang paling baik menyusukan badan
'Bertenang' ialah kunci kejayaan menyusukan bayi anda.Bekalan susu anda akan menjadi kurang sekiranya anda dalam keadaan tegang dan penat.Cucilah kedua-dua belah tangan anda dengan air dan sabun sebelum anda menyusukan.Kemudian bersihkan puting susu dan areola (gelanggang hitam di sekeling puting susu anda) dengan kapas yang dicelup ke dalam air suam.Anda boleh menyusukan bayi anda dengan berbaring atau pun duduk,asalkan anda selesa.Coli hamil sangat berguna,kerana bayi anda dapat menyunyut satu buah dada anda tanpa membuka yang sebelahnya lagi.Pakaian-pakaian yang berbutang di hadapan adalah praktis dan menyenangkan.Gendong bayi anda dan dekatkan dengan buah dada anda.Bayi anda mempunyai gerak naluri semulajadi untuk mencari-cari puting anda.Suatu sentuhan yang lembut pada pipinya akan membuat kepalanya berpaling mencari puting anda.Sebaik saja puting berada dalam mulutnya,pastikan seluruh puting dan areola berada di dalam mulutnya.Bayi anda mengulit areola dengan gusinya untuk memaksa agar susu keluar.Menyunyut puting susu saja tidak mencukupi.Sekiranya ia berbuat begitu,masukkan jari anda ke sudut mulutnya utk memutuskan nyunyutan,kemudian mulakan lg.Berilah bayi anda menyusu bertukar ganti pada setiap buah dada selama 5 hingga 10 minit.Mulakan penyusuan yang berikutnya dgn  buah dada yang telah di hisapnya kali terakhir,jadi kedua-dua buah dada mendapat perangsang yang seimbang.Gerak nyunyutan bayi merangsang buah dada anda utk mengeluarkan susu  sebagai gerak balas.Sekirannya rangsangan itu membuat susu meleleh keluar daripada buah dada yang satu lagi,tutuplah putinglah susu dgn pad dada.

ANGIN
Ketika menyusu bayi-bayi kecil cenderung menelan angin.Ini mungkin membuat mereka berasa kenyang dan tidak selesa.Untuk membantu mereka mengeluarkan angin,cubalah satu drp 3 kedudukan bersendawa dibawh ini.bayi anda mungkin memuntahkan sedikit susu apabila ia bersendawa,jadi sediakan tuala atau kain lampin yang bersih untuk melindungi pakaian anda.

KEDUDUKAN BERSENDAWA
1.Angkatlah bayi anda dan panggul di bahu anda.Usaplah dibelakangnya perlahan-lahan.Ini adalah kedudukan yang baik sekali kerana badan bayi anda diregang tegak dan lurus.

2."Dudukkan"bayi anda menegak dan sokong kepalanya yang terkulai dari bawah dagunya. Usap belakangnya dengan tapak tangan anda dgn gerakkan mengahala ke atas utk membantunya mengeluarkan angin yg ditelan.

3.Telungkupkan bayi anda di pangkuan anda dgn muka menghadap ke bawah.Usaplah belakangnya perlahan-lahan.Ini juga boleh membantu mengeluarkan angin.

MEMUNTAHKAN SUSU
Sekiranya terdapat angin di bawah susu di dlm perut bayi ,keadaan ini mungkin mengeluarkan sedikit susu apabila bayi anda bersendawa.Mungkin juga bayi muntah jika ia terlampau kenyang menyusu.Mintalah nasihat doktor sekirannya bayi anda kelihatan tidak sihat atau muntah terus-menerus.

KEKERAPAN MENYUSU
Bayi anda mungkin meminta susu setiap 2 - 3 jam dalam masa beberapa minggu pertama.Sedikit demi sedikit selang waktu ini akan mengikat kepada setiap 3 -4 jam ,iaitu 4-6 penyusuan dalam masa 24 jam.Bayi anda akan biasa dengan rutin tersebut setelah beberapa minggu.

MENJAGA BUAH DADA ANDA
Bersihkan buah dada anda dan areola anda dengan air bersih dan keringkan dengan tuala yang bersih setiap
kali selepas menyusukan.Andainya puting susu anda kering, sapukan sedikit krim lanolin agar ia sentiasa lembutdan dapat mencegah daripada retak.hindari daripada mennggunakan krim yang keras yang berasaskan petroleum  atau krim yg mengandungi alkohol  kerana ia menghilangkan pelincir semula jadi daripada puting buah dada.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....