Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Thursday, 16 June 2011

Strawbery kaya dengan antioksidan.

Buah strawbery bukan saja memiliki warna dan bentuk yg cantik malah rasanya pun juga sedap..sedikit masam...Pokok dan buahnya senang di dapati di Cameron Highlands....malah di pasaraya pun ada juga...Bila tiba saja cuti sekolah ,kami anak-beranak suka pergi ke Cameron Highlands untuk melihat sendiri pokok buah strawbery dan merasa untuk memetik buah strawbery...


Strawbery kaya dengan antioksidan,tapi apakah yang dimaksudkan dengan ANTIOKSIDAN?
Nak tau lebih lanjut klik SINI..........
Strawberi juga tidak terkecuali daripada hakikat itu.Selain antioksidan,terdapat juga zat lain yang terkandung dalam buah strawberi yang dikatakan mampu mencegah banyak penyakit.


Sumber Berita : Utusan Malaysia, 2005-06-16



Lindungi mata
Banyak kebaikan yang diperolehi daripada buah strawberi.Antioksidan yang terdapat dalam buah strawberi seperti vitamin C,flanovoids,fitokimia fenolik dan asid elagik dikatakan mampu mencegah masalah mata.
Sebab utama kebanyakan masalah mata adalah radikal bebas dan kemerosotan zat tertentu.Dengan pertambahan usia dan kekurangan zat perlindungan,oksigen berbahaya radikal bebas memberi masalah pada mata seperti mengeringkannya,saraf optik yang mengalami kemerosotan sekaligus menyebabkannya ia lebih terdedah kepada jangkitan.Dikatakan dengan memakan buah strawberi ,antioksidan yang diperlukan untuk melindungi mata mampu diperoleh dengan mudah.

Buah strawberi juga dikatakan mengandungi kalium yang amat baik untuk mereka yang mengalami masalah sendi seperti arthritis dan gout.Kemerosotan otot dan tisu mengeringkan cecair yang membantu pergerakan sendi.

Pengumpulan bahan toksin dan asid dalam tubuh pula memberi kesan buruk radikal bebas yang hadir dalam tubuh.Ini adalah penyebab utama arthritis.Kandungan antioksidan dan pembuang toksid di dalam strawberi mampu membuang unsur bahaya ini daripada tubuh dengan serta-merta.

Rendahkan Tekanan Darah
Vitamin C,folat,anthocyanin,quercetin dan kaempferol yang terdapat di dalam buah strawberi dikatakan amat baik kerana mampu menentang kanser dan tumor.Dikatakan juga bahawa pengambilan strawberi setiap hari mampu menumpaskan pertumbuhan sel-sel kanser.

Selain itu,vitamin C dan fitokimia dalam strawberi meneutralkan kesan oksidan  pada penuaan otak dan sistem saraf akibat radikal bebas.Iodin yang banyak dalam strawberi juga amat baik untuk fungsi sempurna otak dan sistem saraf.Kandungan kalium dan magnesium yang tinggi dalam strawberi juga amat baik untuk merendahkan tekanan darah yang disebabkan oleh sodium atau garam.

Buah strawberi juga mengandungi serta yang tinggi,tidak ada lemak dan tinggi antioksidan membuatkan ia amat baik untuk dimakan terutamanya untuk mengurangkan kolestrol .Malah vitamin B yang terdapat dalam strawberi juga dikatakan mampu menguatkan otot kardiak dan membantu menbuatkan jantung berfungsi lebih baik.



Ehsan dari Google
Selain buah,daun strawberi juga mempunyai khasiat yang tersendiri .Air rebusan daunnya dikatakan boleh digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis dan luka.Daun yang telah direbus itu boleh ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.


Air rebusan daun strawberi juga dikatakan berkesan untuk menjaga kesihatan mulut.Anda boleh menggunakan air rebusan  ini sebagai air kumur.Cara ini mamp menguatkan gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.


Memang tidak dinafikan buah strawberi amat sedap dimakan.Namun begitu buah ini juga dikatakan boleh menyebabkan reaksi alahan serius terhadap individu tertentu.ANtara gejala-gejala biasa berlaku alahan stawberi termasuklah pembengkakan dan kemerahan pada mulut,bibir dan lidah,ekzema,ruam hives,ruam kulit,sakit kepala,hidung berair,mata gatal,gangguan gastrousus,kemurungan, hiperaktif dan insomnia.


Sumber:Majalah Mingguan Wanita April 2011.Susunan :Julie Roshana Akma Shafee.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....