Semanis Epal Hijau

Saturday, 20 October 2018

Tabahlah wahai hatiku

 Bissmillahirohmannirrohhim
Assalamualaikum dan salam pagi sabtu....
Alhamdullilah, celik mata masih diberikan ruang untuk bernafas,menghirup udara segar....
Masih cuba untuk mencari kekuatan pada diri,percaya pada Qada' dan Qadar,segala yang berlaku adalah dengan kehendakNya.Hidup perlu diteruskan...aku harus ingat ada insan sekelilingku yg masih memerlukan kasih sayangku,jangan abaikan mereka...mereka adalah anak-anakku yang akan menjaga dan menemaniku ketika aku kesunyian.

Arwah suami pergi tanpa apa-apa tanda,cuma yang ku tahu demam melarat sehingga 2 minggu.Bagiku demam biasa,mungkin akan sembuh,lelaki ni  kalau demam susah sikit nak makan ubat...tu yg kejap on off,on off demamnya..lagi senang jaga anak-anak demam,bagi ubat terus telan..Ada juga gi klinik untuk blood test FBC,untuk mengetahui samada demam denggi atau tidak...itu saja...blood test lain tak buat...menyesal seumur hidup sebab tak paksa suami buat body chek-up.Peringatan untukku juga,lepas nie kena buat medical chek-up sekurang-kurangnya setahun sekali..
Al fatihah untuk arwah suamiku Hanafiah bin Husin.
Bawa anak-anak ziarah pusara arwah suami.Anak2 penguat semangat utk terus bangun.





1 comment:

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....