Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Friday, 31 March 2017

Ayam Ungkep Ikan pekasam




 Assalamualaikum ..
Dah lama saya tak jenguk blog kesayangan saya nie,rindu sangat nak berblogging. macam dulu.Kalau ada resepi yang dicuba pun share kat fb je..mudah dan cepat.

Hari nie gagahkan jari jemari menaip entry baru untuk kedua kalinya tahun 2017.Alhamdullilah....masak untuk family,kalau nk ikutkan hati nak je beli kat kedai,tapi memandangkan kedai makan pun penuh dgn tikus(tak semua kedai) so kita lupakan niat tu....skrg ni elok kita masak sendiri lagi puas hati dan tahap kebersihan pun terjamin.

Ayam masak ungkep ni asalnya favourite my hubby,memula dia mkm pun masa beli nasi ambeng kat bazar ramadhan 2 thn lepas...biasanya dalam set  nasi ambeng ni ada ayam masak kicap@ayam masak merah,mee goreng,ikan masin,serunding,sayur goreng dan ikan masin bulu ayam.Kalau lauk yg nie dia kurang sikit seleranya....tapi kalau ada pilihan lauk lain dah tentu dia akan pilih ayam ungkep.Ikan pekasam nie adalah pemberian dari teman sekerja yg dulunya kerja sekali,sekarang nie dia dh berhenti keje,balik kampung teman mamanya di kampung.




Untuk menambahkan seleranya yang dah dekat 2 minggu x makan nasi nie saya masakkan ayam ungkep nie,mudah2an bertambah nasi dlm pinggannya.(musim demam).




AYAM MASAK UNGKEP
Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecil
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia,sedikit lengkuas
  • serbuk kunyit
  • ketumbar,jintan manis,jintan putih
  • cili padi-nak pedas boleh letak banyak
  • minyak,garam,aji,asam keping*
  • daun kunyit*

Cara-cara:
  1. Blender semua bahan kecuali yang bertanda *
  2. Panaskan minyak,tumis bhn blender tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam,gaul sebati ,kalau kering tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan garam dan perasa serta asam keping.
  5. Reneh hingga masak.
(Kuah ikut kepekatan yang disukai)

Ikan pekasam tu  goreng garing,letak sikit hirisan bawang merah dan cili kering sikit...ummmpphh mmg menyelerakan.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....