Semanis Epal Hijau

Wednesday 4 July 2012

Sambal Sotong


 Sotong adalah makanan laut yang kurang mendapat sambutan oleh orang2 kat umah nie.Jarang membeli pun yea....Boleh dibilang ,kalau setahun tu adalah dalam  3@4 kali je.....Mungkin disebabkan tekstur isinya yang liat sedikit membuatkan anak2 kurang menggemarinya......Biasanya kalau anak2 kurang suka,memang takkan beli melainkan saya @en hubby yang nak makan.......
Saya lebih suka sotong masak sambal@ goreng kunyit@msk padprik je....kalau nk msk gulai2 tu pun,saya kurang suka jugak.....  Sambal sotong nie,saya letakkan sikit lengkuas kerana saya sukakan aroma baunya bila diletakkan lengkuas.....

Sambal Sotong

Bahan-bahan:
  • Sotong
  • Sos Cili/tomato
  • Sos Tiram
  • minyak
  • Kicap manis-nak bagi sambal tu gelap sikit
  • Garam & bhn perasa
Bhn Kisar:
  • Cili kering
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bwg putih
Cara-caranya:
  1. Sotong dipotong2 & dibersihkan.
  2. Tumis bhn2 blender hingga pecah minyak.Masukkan sos tiram,sos cili/tomato dan kicap manis .
  3. Masukkan sotong dan perasakan dgn garam .
Setiap hari rabu anak2 Tahun 6,diwajibkan ambil kelas tambahan selepas habis waktu persekolahan pagi.Dan setiap hari rabu saya akan bekalkan mereka nasi.....
Disebabkan anak2 x suka sotong,maka saya gantikan sambal sotong dengan telur goreng mata kerbau.Sambal tu msk lebih sikit,kemudian curahkan ke atas telur goreng tadi.....

4 comments:

  1. lama dah tak buat sambal sotong gini ... kasihan jugak anak2 tak makan ..kalu kat rumah ni .. pilihan ni 1 la bab2 sotong ni :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baiklah kan....kalau x kenalah beli hari2.....hihihi...

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....