Semanis Epal Hijau

Tuesday 25 October 2011

Hari Lahir Hana Safiyyah

Mama,Yaya,Hana Safiyyah.
Assalamualaikum.....
Hari ini 25/10/11 ,hari ulangtahun kelahiran anakku ..HANA SAFIYYAH yang ke 7 tahun.Mama doakan semoga menjadi anak yang solehah dan sukses di dunia dan akhirat.Happy birthday to you....


************************************
myda_ahmad

**************

Ku Ingin Mendapatkan Berat Badan Yang Ideal

Assalamualaikum.....
Setiap wanita mesti inginkan berat badan yang ideal sesuai dengan berat badan masing-masing.Berat badan yang ideal akan membuat anda kelihatan segak,rasa sihat dan bertenaga.Aku.....hanya 62kg tetapi masih berlebihan berat badan kerana tidak sesuai dengan ketinggian aku.....Alangkah bagusnya kalau berat badan aku hanya 50 hingga 52 kg saja......

Tapi tak apalah ...aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menurunkan berat badanku ini.Walaupun sebelum ini aku sudah cuba bermacam-macam produk...termasuklah LAX5,HERBALIFE....

Hari ini aku nekad dan sekarang ini serta  bermulanya hari ini aku cuba pula produk Softfea Orange Fiber Diet Drink....Aku harap semoga dengan adanya Softtea Orange ni dapatlah berat badanku turun....




25/10/11
Beratku=62kg
Tinggi  =157cm
BMI      =25
Maknanya berat badanku masih tidak ideal lagi...masih berlebihan...

Aku perlu bertindak segeraaaa.....Ok ,lepas ni aku kena amalkan pemakanan yang sihat ...kalau nak bersenam tu mungkin tak ada masa...tapi seelok-eloknya kita kena bersenam juga....


Panduan pengiraan BMI
Kurang dari < 20  = 
 Kurang berat badan
20 hingga 25  = 
 Berat badan unggul
25 hingga 30      
 Berlebihan berat badan
Lebih dari > 30  = 
 Obesiti


Kalau  nak kira BMI,klik sini yea.


**********************************************
myda_ahmad

**************************

Sunday 16 October 2011

Tempat Ke 8 dalam Peraduan Dunia Susu Ibu

Assalamualaikum......
Tak ku sangka...pengalaman menyusukan anak aku blogkan di Blog hanasafirahidayah dapat jugak tempat di hati juri.....Entry aku dapat tempat ke 8 dalam kategori BERSALIN SECARA NORMAL.Sebenarnya aku tak pandai nak karang2 cerita cuma ....jari-jemariku menaip apa yang terlintas di fikiranku sahaja.......Pengalaman menyusukan anak memang indah bagiku...ia mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak...lagi2 kalau anak tu sudah tumbuh gigi...bila dh tumbuh gigi mulalah dia nak mengigit.....




Inilah dia hadiah yang aku dapat .....


8.Produk penyusuan susu ibu bernilai RM25.90 : Jingle Jungle – Breastmilk Storage Bag (12oz) 25 pcs (bernilai RM12.90 ), Pakej A keychain, car sticker, badge (bernilai RM13.00 ).








Gambar hadiah tempat ke 8






















Terima kasih kerana sudi klik entry ini

myda_ahmad

***********************

Saturday 15 October 2011

Sambal Tempe




Tempe oh tempe...memang aku suka.. my favourite....x kiralah digoreng kosong cicah sambal kicap,...masak lemak ke ..goreng sambal ke ...atau mcm2 lah....semuanya aku suka... gambar yg aku uploadkan ni adalah gambar tempe goreng masak sambal...anak aku yg sulong pun dh suka mkn tempe dulu dia mmg x suka makan....alhamdullilah skrg dia dh cuba ikut apa yg mama dia makan.....Bahan2 ni saya agak2 aje ikut berapa banyak kita nk masak...


Bahan-bahan:

  • 1 kepingTempe
  • 1 ulas bawang merah besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • Sedikit belacan
  • cili kering@cili boh
  • Garam & serbuk perasa
  • Sedikit gula
  • Minyak masak



Cara-caranya.

  1. blender cili kering bersama bawang merah kecil dan bawang putih serta belacan.
  2. potong @ hiris tempe kecil2,kemudian goreng hingga masak& angkat.
  3. tumis cili yg di blender hingga masak,masukkan tempe yg digoreng dan garam serta serbuk perasa.
  4. akhir sekali masukkan bawang yg dihiris.Sedia dihidang.



myda_ahmad

**********************

Monday 10 October 2011

Kek Marble

Dah lama rasanya x update blog nie...maklumlah  penyakit malas dh melanda..hehehe...
Minggu lepas baru  je buat kek marble nie,saya  dan anak2mmg suka makan kek ,cuma malas je nak buat....Dalam hati tu ingin nak buat..selalu jugak tgk resepi2 kt internet,cuma x de bhn2nya...tapi kalau bahan -bahannya semua lengkap,x yah tunggu lama2 nk membuatnya....tu jam terus buat......

Resepi kek ni ada olahan sedikit drp internet dgn resepi emak.


l












Kek Marble
Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor*
1 cawan minyak masak(guna butter pun boleh)*
1 cawan susu cair F&N*
3 biji telur*
1 sk esen vanila*
1 sk ovallette*
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko(saya guna milo je)


Cara-cara membuatnya...

1.Pukul bahan bertanda *,saya blender je......
2.Ayak tepung gandum.Satukan tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat dlm satu mangkuk.
3.Tuang bahan yg diblender tadi ke dlm mangkuk,kemudian masukkan campuran tepung tadi.Kacau sebati.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian.1 bahagian dicampurkan dgn serbuk milo dan 1 bhgian lagi biarkan warna asal.
5.Sapukan minyak@butter pada loyang.
6.Masukkan adunan berselang-seli.
7.Bakar hingga masak,sekurang-kurangnya 40 hingga 45 minit.