Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Ikan Pekasam/Masin. Show all posts
Showing posts with label Ikan Pekasam/Masin. Show all posts

Monday, 22 October 2018

Masak lemak putih

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera semua...
setahun yang lalu,bolehlah masak ikut selera suami,sekarang nie ikut selera tuan badan dan anak-anak jelah...walaupun anak2 yg kecil tak mkn segala isinya,saya cedukkan kuahnya saja....tapi anak2 yg besar masih boleh makan terung.tempe dsb...
Masak ikut mood jugak...kalau teringin sgt nak makan barulah pergi cari bahannya...

Alhamdullilah,dengan bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor ) ni dapatlah berbelanja dengan berhemah sikit.Sebulan diperuntukkan RM 200  untuk seisi keluarga.Sudah lebih dari cukup kalau berbelanja untuk brg maknanan.Untuk shopping KISS nie,dulunya saya pergi speedmart,sekarang dah boleh pergi Kedai runcit Pak Aji.Semuanya ada...

masak lemak putih terung campur tempe,soon dan tauhu kering,carrot



Telur dadar mmg wajib ada

penambah selera ,ulaman dan sambal belacan

ikan masin memang tak lupa,mesti ada..

Friday, 31 March 2017

Ayam Ungkep Ikan pekasam




 Assalamualaikum ..
Dah lama saya tak jenguk blog kesayangan saya nie,rindu sangat nak berblogging. macam dulu.Kalau ada resepi yang dicuba pun share kat fb je..mudah dan cepat.

Hari nie gagahkan jari jemari menaip entry baru untuk kedua kalinya tahun 2017.Alhamdullilah....masak untuk family,kalau nk ikutkan hati nak je beli kat kedai,tapi memandangkan kedai makan pun penuh dgn tikus(tak semua kedai) so kita lupakan niat tu....skrg ni elok kita masak sendiri lagi puas hati dan tahap kebersihan pun terjamin.

Ayam masak ungkep ni asalnya favourite my hubby,memula dia mkm pun masa beli nasi ambeng kat bazar ramadhan 2 thn lepas...biasanya dalam set  nasi ambeng ni ada ayam masak kicap@ayam masak merah,mee goreng,ikan masin,serunding,sayur goreng dan ikan masin bulu ayam.Kalau lauk yg nie dia kurang sikit seleranya....tapi kalau ada pilihan lauk lain dah tentu dia akan pilih ayam ungkep.Ikan pekasam nie adalah pemberian dari teman sekerja yg dulunya kerja sekali,sekarang nie dia dh berhenti keje,balik kampung teman mamanya di kampung.




Untuk menambahkan seleranya yang dah dekat 2 minggu x makan nasi nie saya masakkan ayam ungkep nie,mudah2an bertambah nasi dlm pinggannya.(musim demam).




AYAM MASAK UNGKEP
Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecil
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia,sedikit lengkuas
  • serbuk kunyit
  • ketumbar,jintan manis,jintan putih
  • cili padi-nak pedas boleh letak banyak
  • minyak,garam,aji,asam keping*
  • daun kunyit*

Cara-cara:
  1. Blender semua bahan kecuali yang bertanda *
  2. Panaskan minyak,tumis bhn blender tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam,gaul sebati ,kalau kering tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan garam dan perasa serta asam keping.
  5. Reneh hingga masak.
(Kuah ikut kepekatan yang disukai)

Ikan pekasam tu  goreng garing,letak sikit hirisan bawang merah dan cili kering sikit...ummmpphh mmg menyelerakan.




Tuesday, 10 December 2013

Menu tengahari ini

 Hari nie menu tghhari saya pucuk paku celur digandingkan dgn sambal belacan,alhamdullilah,sedap sungguh...nak bagi pucuk paku nie tak lebam,saya rebus air hingga mendidih dgn api yg besar,masukkan sikit garam....dh mendidih kuat,saya padamkan api,masukkan pucuk paku,golek2 dan angkat serta toskan.

  Sambal belacan saya nie simple je,tumbuk cili merah dan cili hijau hingga lumat,masukkan belacan ..saya bakar dulu belacannya,masukkan garam dan gula...serta perahkan limau bila nak makan.....


 Dan ikan pekasam nie,goreng aje hingga garing dgn api perlahan,bila dh nak agak2 garing sikit tu masukkan cili merah dan bwg merah ..goreng sekali hingga ikan dan bwg betul2 garing...

Sayur lemak kobis dicampur dgn kentang,carrot,tauhu kering dan soon.Bagi saya mmg cukup lengkap hidangan tengahari  ini,ada kuah,ikan masin,sambal dan ulam.Cuma masak lemak nie,kalau boleh tak naklah masak selalu,lain kali nak masak sayur cara rebus pulak....tapi apakan daya anak tekak nak jugak makan lemak2(lepas mkn lemak2 nie baru teringat lemak2 kat badan...huhuhu).......

Cara-cara nak buat Ikan pekasam

IKAN PEKASAM
Sumber Info:Berita Harian,17 November 2013
  • Pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.
  • Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional  yang terkenal dari utara Semenanjung.
  • Biasanya pekasam dihasilkan dari ikan air tawar jenis sepat,talapia,lampam,puyu,loma haruan dan lain-lain.Begitupun,ikan sepat paling digemari kerana rasanya yang enak dan aroma yang mengamit selera apabila dimasak dengan pelbagai cara dan resepi  masyarakat setempat.
  • Analisis yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan  dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI) membuktikan yang ikan pekasam mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kandungan garam lebih rendah berbanding hasil ikan awet lain.
  • mengikut kaedah tradisional,tempoh perapan mengambil masa agak lama iaitu sekitar empat hingga lapan minggu.Penyelidikan moden menemui satu kaedah ikan baru untuk menghasilkan ikan pekasam  yang boleh diperap sekitar satu hingga dua minggu.


Cara-cara memproses pekasam:-
  • Ikan air tawar yang dipilih akan disiang,dibuang perut dan dibersihkan.
  • Toskan air daripada bahagian ikan sebelum dilumur dengan garam pada kadar 15 peratus.
  • Setelah dilumur garam,ikan diperap selama 2 hingga 3 hari.
  • Selepas melalu proses perapan,ikan sekali lagi dicuci dengan air melalui  tiga proses dan ditoskan.
  • Sebaik dikeringkan ikan digaul pula dengan beras goreng yang sudah dihancurkan ,sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara dan dicampur dengan sedikit asam jawa.
  • Peram untuk kali kedua selama kira-kira 14 hari di dalam balang kedap udara.
  • Pekasam yang sudah melalui proses "matang" kini boleh dibungkus dan sedia dipasarkan.



Hari nie saya nak kongsikan sedikit cara-cara bagaimana nak buat ikan pekasam.Ini adalah cara yang selalu saya guna bila nak buat ikan pekasam.Dan sedikit  bantuan dari info di atas.....

 Ikan yang dah disiang,dibasuh bersih.

Toskan airnya

 Kemudian,taburkan garam,kalau boleh garam kasar lagi elok.Gaul sebati.

Masukkan asam keping dan perap dalam bekas kedap udara selama dua  hari(saya perap satu hari je).Kalau banyak maybe saya perap dua hari.

 
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil,hingga keperangan.
Sentiasa dikacau,supaya tak hangus.

 
Bila beras dah keperangan,blender beras,jangan terlalu halus.Agak2 ada kasar sikit...

 Ikan yang dah diperap selama dua hari itu,di basuh untuk kali kedua.Basuh bersih.Masa nie ,ikan itu mengeluarkan bau yg busuk.Tak pe biarkan bau busuk tu....
Toskan airnya.

Salut dan lumurkan  ikan2 itu  dengan beras goreng yg telah diblender.Sumbat beras dalam perut ikan2 tu sekali yea.....

Masukkan ikan2 yang dah disalut dgn beras ke dalam bekas.Simpan dalam bekas kedap udara dan biarkan peraman satu hingga dua minggu.Masa nak peram nie saya lapiskan setiap lapisan ikan dgn asam keping.
Ok,siap....Tunggulah seminggu dua lagi,lepas tu bolehlah digoreng.....

Ikan Pekasam


 Ikan pekasam adalah makanan tradisional turun temurun yang pada awalnya dihasilkan secara sampingan daripada lebihan ikan hasil tangkapan dari sungai,tali air dan sawah padi.Pekasam juga adalah makanan peraman tradisional yang terkenal dari utara semenanjung.

Nak dijadikan cerita,minggu lepas hari Rabu malam 5/12/13,jam 12.00pagi en hubby gi memancing dgn kawan2 nya  ke Grik,Tasik Banding.memang itulah hobby my hubby bila tibanya cuti sekolah nie....dan masa baliknya mmg akan singgah dan beli ikan pekasam nie  di gerai2 tepi jalan...

Ikan pekasam Tengalan  seekor harganya RM 4.50,yg lain2 tu ada yg 3 paket RM 10.00 dan harganya pun bergantung pada jenis ikan jugak.
Makan dgn nasi putih panas2 sedap nih!!!baru2 kawin dulu,mmg x pandang pun ikan pekasam nie,busuk!!!fikir dlm hati,boleh ke diorg nie mkn ikan busuk?....tapi sekarang nie hah,dh jadi favourite pulak dah!!!...ketagih jugaklah,asal hubby gi Tasik banding memang tak pernah miss nak beli ikan pekasam nie....

Thursday, 2 August 2012

Hidangan ringkas tetap enak...

 Menu hidangan nie sebenarnya untuk sebelum puasa lagi,chek punya chek masih ada lagi yang belum dipublishkan......Ikan kembong masak lemak,sambal tempoyak,ulaman dan ikan kurau masin.......
 Selalu beli ikan masin kembong je,kali nie nak makan Ikan Kurau masin pulak....potong kecik2,basuh dan goreng....bila siap goreng tu hiriskan bawang merah dan potongkan cili padi serta taburkan ke atasnya...perahkan juga limau.....

Bahan-bahan:
10-15 batang cili padi
3 batang cili merah
1 paket kecik yang RM1.90 tu-anggaran 3 sb tempoyak
sedikit belacan bakar
garam dan gula secukupnya

Cara-cara:Tumbuk cili padi,cili merah dan belacan.Campurkan semua bahan dan sesuaikan dengan rasa.
Makan dengan daun salad dan timun ditambah dengan nasi panas2 memang enak!......

Thursday, 2 February 2012

Kobis Beijing goreng Belacan lagi....


Assalamualaikum.....
Menu lunch hari nie simple je,time2 sekolah nie kena masak senang dan pantas....lagi2 kobis beijing goreng belacan!!!.....tak jemu2 ke?bagi saya memang tak jemu ,......maklumlah kobis nie kan sayur favourite ku...anak2 pun suka jugak.....kalau gi shopping barang2 dapur,mesti ambik sayur kobis nie,lg pun kobis nie tahan lama sikit kalau nk dibandingkan dgn sayur daun hijau spt sawi.bayam,kangkung....biasalah, ikan pekasam  mesti ada punya kerana stok yg mentah masih ada lagi.,....dan sambal tumis ikan bilis...


Kobis Beijing Goreng Belacan resepinya di sini

Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
30 batang cili kering-dipotong dan direndam dgn air panas
2 biji bawang merah besar-1 dihiris & 1 diblender
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Ikan bilis
Garam dan bahan perasa secukupnya
Sedikit gula
Minyak utk menumis
sedikit air
1 asam keping

Cara-caranya:
1.Cili dipotong dan direndam dgn air panas utk seketika.Kemudian ,buangkan bijinya dan basuh dgn bersih.
2.Blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan.
3. Panaskan minyak,gorengkan ikan bilis hingga garing dan angkat.
4.Tumiskan cili yg diblender tadi  hingga sedikit kering,kemudian masukkan garam dan bahan perasa,gula,asam keping serta sedikit air.Last sekali masukkan bawang merah yg dihiris dan ikan bilis.sedia dihidang.

Ikan Pekasam
Goreng hingga garing dan masukkan  hirisan lada merah dan  bawang merah.

**************************************************
myda_ahmad

***********************




Tuesday, 31 January 2012

Ikan Pekasam

 Assalamualaikum...w.b.t....
Hari ini lunch simple aje....sup ayam,ikan pekasam goreng,sambal belacan dan salad/timun.
Oklah  tu ,bagi saya yg ingin berdiet,sup ayam pun main rebus je,x ditumis...
Tapi kalau dah ada ikan pekasam nie,tak payah lauk lain pun tak apa....memang menyelerakan.,lagi2 dgn adanya ulaman salad/timun dan sup ayam utk kuahnya.....
Bila tibanya bulan puasa lagi best,kalau ada ikan pekasam nie.Daripada x nak makan masa bersahur,bila terpandang je ikan nie ,gerenti 2@3 pinggan ..........

Dulu2 pernah gak wat ikan pekasam nie...dulu my hubby suka memancing,memancing bukan tempat yg dekat2 dgn rumah.Ha...nun jauh disana  ditasik Banding.Di situlah selalunya dia dan kawan2nya akan pergi selama 3 hari 2mlm..Balik memancing tu mesti bawa banyak ikan....ikan kelah ada,ikan sebarau ada....yg lain2 tu x tau sgt nama2 ikan.
Saya kalau ikan sungai ke,ikan tasik ke,...x berapa minat.Tapi kalau ikan yg kecik2 tu adalah ambik utk wat ikan pekasam.Kalau yg besar2 tu ,bagi org je lah.

Bahan-bahan:
Beras-digoreng  hingga kekuningan tanpa minyak
Asam keping/gelugur
Garam dan sedikit gula
Ikan


Cara-caranya:
1.Ikan disiang dan buangkan isi dalam perutnya.Basuh dengan asam keping @ air asam utk menghilangkan bau hanyir.Toskan.
2.Masukkan ikan ke dlm bekas dan susun selapis-selapis dengan asam keping dan garam .Buat hingga habis.Perap satu malam.
3.Beras yg sudah digoreng,dibiarkan sejuk seketika.Kemudian blender,jgn hancur sgt.
4.Esoknya,basuh semula ikan yg diperap dan toskan.
5.Lumurkan ikan dengan beras hancur tadi,kemudian masukkan ikan ke dlm bekas yg bersih dan susun selapis-selapis,masukkan juga beberapa keping asam gelugur/keping dan garam.Buat hingga habis dan lapisan atasnya taburkan sedikit gula.
6.Peram lagi lama,lagi sedap.isi dan tulangnya jadi rapuh dan lembut.
*kalau ikut arwah mak mertua,dia suh letak gula sikit,supaya isi nya lembut dan tulangnya rapuh.


**********************************************
myda_ahmad

******************