Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Sunday, 21 October 2012

Sambal Udang


 Pagi tadi gi shopping barang dapur kat Econsave Jln Reko,Kajang.Pergi dgn anak2 je....en suami ada koje,katanya nak amik gambar utk masuk contest.....Gi dgn anak2  seronok sikit,bolehlah lama2 kt situ,tak delah asyik nak balik cepat je.....

Dah lama sangat x mkn udang,so amiklah sikit utk 1 hidangan lunch kami hari ini......anggaran dlm 300gm,tu pun dh RM5.60.........kalau ada petai nie mesti sedapkan,tp anak2 pulak x mkn petai...... 


SAMBAL UDANG
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 300gm udang dikopek kulitnya
  • 15-20 tangkai cili kering rendam dgn air panas
  • 2 biji bwg besar(1 biji dihiris & 1 biji diblender)
  • 5 ulas bawang putih
  •  1 keping asam keping
  • Garam,gula & aji
  • Air & minyak secukupnya
Caranya:
  1. Udang yg sudah dikopek kulitnya di basuh dan toskan.
  2. Blender cili kering,bwg besar,bwg putih.
  3. Panaskan minyak,goreng udang sekejap,angkat & ketepikan.
  4. Tumiskan bhn blender  dgn minyak goreng udang tadi hingga naik minyak.
  5. Kalau agak2 kering,boleh tambahkan sedikit air.Masukkan hirisan bwg besar,garam,gula & aji serta asam keping.
  6. Biarkan mendidih seketika.
  7. Masukkan udang ,kacau rata & tutup api.
Nie kalau ratah je pun sodap!.....

Tuesday, 28 August 2012

1st time buat laksa kat kampung

 Masih lagi di musim mood raya,anak-anak sibuk mengira duit raya,sambil menyusun elok untuk di snap sebagai kenangan,maybe nak share kat fb untuk tatapan kawan-kawannya juga...

Santapan laksa dan sambal udang nie untuk menu raya ke 4 di kampung.Kalau kat Johor,laksa nie kurang sikit masa-masa raya,selalunya yang dihidangkan adalah lemang,ketupat,rendang.lodeh,sambal kacang......

 Adat beri-memberi,balas-membalas masih lagi diamalkan di kampung saya,Biasanya,pagi raya jiran sebelah-menyebelah akan bagi makanan dalam mangkuk tingkat utk  tukar-menukar hidangan ....kami pun akan keluarkan makanan dari mangkuk tingkat diorang dan masukkan pula masakan kami........

Maknanya,kalau kitorang masak rendang,lodeh sama macam jiran sebelah masak,akan ada 2 jenis rendang@lodehlah kat rumah,tapi tahun ini mak tak masak kerana anak-anak yang lain belum ada yang balik lagi,masing-masing ikut giliran kampung jika yang dah berkahwin....So,di pagi raya mak akan balas hidangan dengan buah oren serta kuih2 saja......

 Raya ke 3 dah start penuh rumah dah,tapi ada juga sorang adik yang dah balik ke kampung mentuanya........
Time nielah mak ada mood nak masak.Haaaa..tu dia,masak laksa,memang tak pernah dibuat selama ini....kalau nak makan main beli je.......

Tapi kalau kat Perak,Laksa ni memang menjadi menu wajib di pagi raya .....
Resepi nie mintak member satu tempat kerja,org Selama,Perak juga.


Bahan-bahan:
Laksa
Telur rebus
Salad
Timun
Limau kasturi
Cili merah & cili padi
Bawang besar
Daun kesum 
Bunga kantan
Asam keping
Garam secukupnya
Air secukupnya
Letak pucuk gajus pun sedap.

Bahan Kuah
Bahan kisar A:
Bawang merah
Cili kering
Belacan

Bahan kisar B:
Ikan kembung
Sardin dlm tin-saya x letak

Cara-caranya:

  1. Rebus laksa hingga masak.Kalau laksa kering seelok2nya direndam semalaman.
  2. Rebus ikan dgn asam keping & garam.
  3. Asingkan isi dgn tulang.Blender isi ikan dulu,gunakan air rebusan ikan tadi.Buat hingga habis.
  4. Kemudian blender tulang ikan dan tapiskan.
  5. Masukkan bhn blender ke dlm periuk.Boleh tambah air lagi jika suka.
  6. Blender pula bhn kisar A dan masukkan sekali ke dlm periuk yg sama.Masukkan asam keping,bunga kantan daun kesum dan garam.Reneh dan didihkan.

Kalau dulu baru2 kawin dgn orang perak,terus terang saya katakan ,memang tak pandai betul nak makan laksa,tak suka pun yea jugak....lama-kelamaan jadi suka tapi tak delah sampai ke tahap ketagih....hikhikhik...tapi dh makan laksa nie,nak jugak cari nasi,macam tak kenyang je......anak dara saya kurang menggemari,tapi yg kecik2 tu suka pulak.....ayahnya,memang hantu laksa.....

Friday, 2 March 2012

Kacang Botol Sambal Udang

Assaalamualaikum dan selamat petang semua.......
Hari nie barang yang dijanjikan telah pun sampai ke rumah ......barang -barang yang dimaksudkan adalah  dari IKEA...Minggu lepas gi tengok2 dulu,sambil tu memang nak gunakan baucer2 yang ada,apa lagi pilihlah barang2 yang dah lama tersenarai dalam list.......

Nasib baik dah sudah masak...masak 2 jenis menu saja hari nie,telur goreng dadar dan kacang botol sambal udang,Lepas nie leh lah teruskan projek kemas-mengemas .....anak2 pulak malas nak sekolah agama,katanya banyak sangat kerja sekolah yang cikgu sek kebangsaan bagi......


Oklah,layan resepi nie dulu.....


Bahan-bahan:

  • Kacang botol-dipotong menyerong sedikit nipis
  • Udang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering-direndam dan dibasuh
  • sedikit belacan
  • sos tiram
  • Air asam jawa dan minyak secukupnya
  • Garam dan bahan perasa



Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,goreng udang separuh masak.Angkat dan ketepikan
  2. Blender cili kering,bawang merah,bawang putih dan belacan.
  3. Menggunakan minyak yang sama,tumis bahan yang diblender tadi hingga naik minyak.Kacau rata.
  4. Masukkan garam ,bahan perasa dan sos tiram serta sedikit air asam.Masak seketika.
  5. Kemudian, masukkan udang dan kacang botol.Kacau rata dan tutup api.



myda_ahmad

*********************

Tuesday, 28 February 2012

Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat petang semua pelawat-pelawat blog SMM.........
Semoga dikala ini semua berada dalam keadaan yang sihat dan mesti kenyang perut lepas makan tengahari kan!........
Walaupun keadaan cuaca di sini mendung,dengan bunyi guruh yang kuat  tapi hujan tak jugak lebat,cuma hujan sekejap ...kemudian berhenti kejap.....diselang seli dengan kedengaran bunyi guruh.....

 Untuk menu tengahari nie,saya hanya masak sambal udang dan telur goreng dadar saja.Masak pun tak boleh banyak-banyak,untuk  2@3 orang makan saja.En suami tak makan kat rumah.


Sambal udang nie saya masak dengan 2 gabungan cili,iaitu cili kering dan cili merah.Ok,kita terus kepada resepinyalah.......


Bahan-bahannya:
Cili kering
Cili merah
Udang
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit garam & gula
Air & minyak secukupnya


Cara-caranya:
1.Blender cili kering ,cili merah,bawang merah,bawang putih dan belacan.
2.Udang digoreng sebentar.Angkat.
3.Tumiskan bahan blender hingga naik bau.Kemudian masukkan garam,gula dan sedikit air.Masak seketika hingga kuahnya sedikit pekat.
4.Masukkan udang yang digoreng tadi dan hirisan bawang merah.Kacau sebentar dan tutup api.Sedia dihidang.


myda_ahmad

*******************