Semanis Epal Hijau

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Friday, 20 September 2019

Cheese cake dan kuih sepit

Assalamualaikum...
Cheese cake dan kuih sepit ni untuk kudapan petang...sis beli cheese cake yg dh siap je ,tak mahal hanya rm 12.99  sebiji kat KipMall Bangi .Balik rumah potong ,hidangkan atas piring kecil...buat secawan teh o...


teksturnya sangat lembut,lembap gitu,mmg sedap....makan sikit2 bole lah,cepat muak.

Kuih sepit nie,mak yang bagi,bawa dari kampung...perisa asli jer....

Mak sis memang rajin bawak kuih muih dari kampung,semua untuk anak-anaknya yg dok kat bandar...bukan tu saja yg mak sis bawa,kadang-kadang batang keladi,pisang ...kalau ada semua nak di bawanya....



Sambil-sambil nonton tv,menghadap fb sis akan makan kuih sepit nie....
resepi tak de,sbb bukan sis yang buat....sis
 tau makan jer...

Friday, 15 November 2013

Kek Marble



 Jom jamu mata ngan gambar2 dulu ea....


 Dah lama teringin nak mencuba buat kek marble nie,resepinya oleh Suriani Osman....bila dia tayang kat FB Variasi Malaysia..berkobar2 semangat nak membuatnya...cantik,gebu dan mulus saja kek nya tu....
Dari segi bahan2nya pun mudah,tidak memerlukan cecair spt susu@air.....ingatkan bila tak guna susu@sedikit air nie nampak macam kering@keras aje,tetapi tidak...teksturnya agak lembap jugak,cuma rapuh sedikit....dan mudah hancur...

Tapi alhamdullilah,seronok sangat bila buat kek menjadi.....sebelum nie buat tak menjadi,tgh2nya mcm basah dan bantat(resepi google),tapi bukan resepi Suriani osman nilah....Resepi nie mmg best sgt2....thanks yea Suriani atas perkongsian anda....


 kek nie saya tambah 2 warna ...1 warna pink tanpa paste dan 1 paste pandan+warna hijau.....menarik jugak colournya....resepi asal hanya guna strawbery paste...Bila buat kek nie menjadi,pasti ada ulangtayangnya lagi....hihihi...





KEK MARBLE STRAWBERY
Sumber:Suriani Osman@ FB Variasi Malaysia

Bahan-bahan:
  • 250 g butter
  • 230g gula kastor
  • 250g  tepung gandum(ayak dengan baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar strawbery paste
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:-
  1. Pukul butter ngan gula sampai kembang
  2. Masukkan telur 1 persatu..masukkan esen vanila..
  3. Masukkan sedikit  demi sedikit tepung gandum
  4. Asingkan kepada 2 bahagian, 1 warna asal..1 bhgn lagi dicampurkan ngan strawbery paste (gaul sehingga rata)
  5. Masukkan dalam loyang..selang-selikan adunan tersebut.
  6. Bakar suhu 160'c-45 minit atau hingga masak(bergantung pd oven masing-masing)
  7. ***saya guna tepung bluekey berserbuk  penaik)***



Wednesday, 30 October 2013

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina


 Perasaan seronok bila dapat buat kek pelangi versi kukus nie,tapi masih lagi perlu cuba dan cuba lagi....skill mengukus masih tahap lemah lagi,maybe air kukusan terlalu banyak,so permukaan atas kek yg ditutupi dgn foil agak lembap...macam ada air masuk ke dalamnya@wap air dari foil tu....

Teksturnya pun x gebu sgt,ditengah2nya kek nampak macam padat sedikit......Maybe percubaan pertama cam nie,lepas2  nie saya kena perbaiki kelemahan yg ada pada diri saya ....huhuhu..apa2 pun bolehlah rujuk pada blog kawan2 yg dah mencuba buat kek pelangi kukus ini.....kek2 diorang memang gebus habis:)



KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Resepi :http://norzailina.blogspot.com
Sumber 1:Sinar Kehidupanku@yatiememories.
Sumber 2:ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-(Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit pewarna merah jambu,hijau,kuning,ungu,jingga

Cara-caranya:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan puluk sebati.
  2. Masukkan susu pekat,serikaya dan vanila.Kacau rata dan bubuh tpg gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati,bahagikan kepada 7 .Warnakan berbeza termasuk satu adunan dgn koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk(aluminium)yang sudah dilengser dgn marjerin dan alas dasarnya dgn kertas kalis minyak.Tutup dgn foil aluminium dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
*Untuk kek lebih lembut,tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil,masa mengukus lebih pendek.

Monday, 11 March 2013

Kek Coklat Moist(kukus)

Sejak pindah rumah nie,belum ada lagi resepi kek........
nak2 pulak belum beli oven lagi,oven lama tu dah jual kat besi buruk....
Hati mmg nak sgt buat dan makan kek......
Tapi dikuatkan hati nak juga buat......google resepi kek yang kukus jelah.......
belum di curahkan coklat .........

 Hasil dari google ,terus melekat kat blog patyskitchen.blogspot.com/......
cantiknya rupa kek dia......jom kita gi blog dia jap.........
terima kasih empunya resepi rosmarlina@jintanmanis dan blog patyskitchen,dek kerana terpukau dgn  gambar kek tulah tergerak hati nk mencubanya.....tp gambar x secantik mcm kek diorg berdua........

sebahagian potongan kek coklat moist.....





Sumber:Jintanmanis & patyskitchen.blogspot.com/
Bahan-bahanya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
  • 3 biji telur
  • beberapa titik esen vanila


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.
*saya guna serbuk coklat,susu cair,sedikit marjerin dan coklat emulco....prosesnya sama ,kaedah doube boiler...*

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Friday, 9 November 2012

Kek Coklat Lembap Kukus

Salam ceria buat pengunjung2 blog Semanis Epal Hijau,semoga semuanya sihat dan tersenyum manis2 belaka hari ini yea....tak salah kalau kita lemparkan senyuman yang manis,itupun satu sedekah kan!.....dapat pahala tauuu....

Projek hari ini nak mengukuslah....dah lama teringin nak buat,tapi asyik2 tertangguh jer......tapi hari nie nekad nak buat jugak,walau apa pun yang berlaku tetap nak teruskan jugak!......dan segala bahan yang tak de tu ,digantikan dengan bahan2 lain yang sama seangkatan dengannya.....example:coklat masakan tak de,gantikan dgn milo+coklat emulco+susu pekat manis.....sama jugak kan!.....

Resepi kek coklat moist nie memang banyak dah kat internet,tapi kali nie nak try resepi yang nie dan saya cnp dari blog Jemariasmara.Thanks yea Zefa Nurasmara utk resespinya........
Benda coklat yang tersusun tepi kek tu adalah gula2 denim......hahaha....bolelah tu  ,nak bagi kek tu berhias sikit....

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA
Sumber:Zefa Nurasmara@Jemariasmara.blogspot.com
Bahan-bahannya:
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko-saya guna milo letak 1 1/2 cwn
  • 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.
Bahan B - di ayak 
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
  • 4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)
Cara-caranya:
  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja. 
  2. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu tak lapik pun, sapu loyang dengan sedikit minyak je..)
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap. (Ibu kukus 45 minit sahaja)
Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam
RESEPI TOPPING KEK COKLAT
  • 150 gm coklat masakan
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sb mentega
  • 1 sb susu pekat
* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Topping saya tak ikut resepi atas sebab tak de stok coklat masakan.Saya guna bahan2 yang ada kat dapur saya jer...

RESEPI TOPPING COKLAT/MILO
  • 5 sb serbuk milo
  • 5 sb susu pekat manis
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb air panas
  • 1 sk coklat emulco
Masukkan semua bahan ke dlm periuk dan cairkan dengan kaedah double boiler.

Wednesday, 17 October 2012

Kek pasar malam.


 Minggu lepas hari sabtu,kebetulan off day masa tu,terasa kaki nak jejakkan kaki ke pasar malam.Pasar malam area Bangi ini memang meriah,lagi2 masa maghrib,punyalah ramai umat,berpusu2 lagi..kekadang tu kalau jalan asyik bertemu bahu je.....Alhamdullilah,pasar malam tu berhampiran jugak dengan surau,masih lagi sempat utk bersolat.......


 Pelbagai jenis kuih muih termasuklah kek span yang sedap nie pun ada dijual kat pasar malam tu.....memang sedap & gebuss teksturnya....semenjak bulan2 puasa tu dah ada yang jual kek ini.Kalau tgk dia punya gerai,memang ramai orang menyinggah,maybe ada yg sekadar nk tengok saja dan tidak kurang juga ada yg membelinya.......


 Niat gi pasar malam tu hanya nak beli lauk2 & sayur je,memang perut dah kenyang lah masa tu.....cuma utk kunyah2 seperti kopok lekor tu ada jugak beli,lagipun anak2 sukakannya....


 Kalau bulan puasa sebelum nie,harganya RM3.50 sepotong,tapi kalau beli 2 RM5.00 je....
Tapi kek yang nie lain tuannya,3 potong RM6.00 ,berbaloi kan!.....boleh campur,Anak2 nak perisa oreo,saya pulak ambil cappucino,dan semestinyalah yang coklat.......


Memang sedap!....sekarang nie dah tak payah susah2 nak pegi kedai kek@ kedai bakery,kat pasar malam pun dah ada jual kek yang marbelles nie..... sama  je macam kat kedai kek tu.......kalau kt kedai2 tu dahlah mahal,baik beli kat pasar malam je........semua dapat rasa,pilih je mana yg berkenan.............

Sunday, 26 August 2012

Jalan-jalan sambil tengok kek

 Raya tahun nie giliran kg my hubby,Selama Perak,walaupun kedua org tuanya sudah tiada,kami harus menjengah sanak2 saudara,kakak2,ipar duai yang masih ada lagi di sana......supaya hubungan kekeluargaan tidak terputus.....Bukan apa ,bila kita dh tiada nanti mereka yg anak2 nie bila besar nanti akan saling ingat,kenal saudara2 nya......
 Suasana kat sana meriah,dari lepas solat hari raya sampai tgh hari ,tak putus2 kunjungan dari sanak saudara,sahabat handai....dijamu pulak dgn laksa,rendang,lemang.........sudah kemestian kat kg tu laksa akan menjadi juadah wajib di pagi raya.....

Dok 3 hari 2 mlm je,petang raya pertama kami bertolak balik ke Bangi.....sepatutnya raya ke2 baru gerak balik,hal nie disebabkan abg & kak ipar yg ada kt rumah tu nak gi tgk anak2 dia kt Pendang,Kedah.....kalau boleh tak naklah kacau plan diorg.........

 Ha...bila dh ada kt Bangi nie mmg sunyi sepi....yelah baru raya ke2 kan........kami pun apalagi jalan2 lah kat Alamanda.....kebetulan nak cari jugak baju raya saya & anak....tak berkenaan pulak...so jln2 sambil snap gambar2 kek,...ada jugak sempat rembat kek yg potong2 tu..... beli satu potong RM2.00,beli 4 potong RM5.00....kami amik 4 potong....

 Kek2 yg sebuku2 nie mmg cantik....mungkin 1 1/2 kg kot,nampak besar jugak.......


Kalau ikutkan nak je rembat yg besar nie tapi tak dpt lah nak merasa yg lain2 kan,so amik yg kecik2 dpt jugak merasa 4 jenis............

Thursday, 2 August 2012

Iftar ke 12 Ramadhan

Semalam menu berbuka beli kat bazar ramadhan,dan kali nie nak cuba pulak bazar dekat Billion Bangi tu.....memang tak banyak pun gerai2 kat situ.......Beli makanan seawal jam 4ptg,kebetulan pegi ke PKNS nak ambil CF rumah....sambil nak balik tu singgah jap.....

Dengar2 sekarang nie kalau nak renovate rumah kena ada CF,tu yg gi amik tu....selain tu kena juga sediakan plan rumah,slip cukai tanah,cukai pintu yang terkini......

Hidangan sepotong kek span ini ,dilapis dengan aiskrim vanila dan cream perisa capucino.......memang soft teksturnya,telah diberi oleh  ibu kawan my hubby......

dan Black Forest Cake ni juga .........belum lagi dibuka untuk dijamah,semalam kekenyangan sangat.....

ada lagi....cookies nie juga......

kain batik pun ada......
 suka betul kalau dapat kain batik nie.....dan suka buat koleksi banyak2....




set nasi ayam nie pun turut diberi juga.....

yang nie untuk saya.....beli kat bazar ramadhan,anak2 mkn roti john,nasi lemak,chicken chop..dan myhubby makan mee kari....

Tuesday, 24 July 2012

Kek Coklat Moist Kukus

Resepi kek coklat lempab nie mintak dari mak mertua kepada adik saya....Mak mertua dia tu memang rajin buat kek,tetapi anak2nya tak pulak ikut jejaknya,malah setiap kali nak tiba musim raya je,ada je yang menghilang,...masing2 tak mau menolong.........Kek ni dah selalu mak mertua adik hantar kat rumah mak....dengan campuran susu pekat  & susu cair.......membuatkan kek ini bertambah moist,memang moist sgt!.....




KEK COKLAT MOIST KUKUS

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • beberapa titis esen vanila
  • 1 1/2 cawan gula pasir*-boleh kurangkan jika tak suka manis
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1 cawan susu cair*-boleh juga guna susu coklat 
  • 1 cawan minyak masak*
Cara-cara:
  1. Satukan bhn2 bertanda * ke dlm periuk dan masak sekejap dengan api perlahan sehingga gula pasir cair.sejukkan sekejap.
  2. Tepung,serbuk koko,soda bikarbonat dan baking powder diayak.Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga kembang,kemudian masukkan bhn2 bertanda *(cara 1)sedikit demi sedikit.Pukul lagi.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,kaup balik menggunakan spatula.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dgn kertas minyak dan kukus 1jam ke 1 jam 30 minit.(tutupkan permukaan loyang dgn foil utk mengelakkan air jatuh ke permukaan kek).
Buttercream Icing
Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
  • 250gm butter
  • 150gm shortening
  • 250gm icing sugar (diayak dulu)
  • 2 sudu besar susu segar
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara:
  1.  Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
  2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menjadi agak lembut
  3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...