Semanis Epal Hijau

Wednesday 31 October 2012

Sukun Goreng


 Dan selamat petang!!!!!.....
Tengahari tadi dapat buah sukun.Errrrmmmm bestnya.Pakcik selang 3 buah rumah dari rumah saya yang bagi.Kalau tengok kat pokok yang dia tanam tu memang banyak betulll buahnya,cuma buah2nya ada yang tak sama saiz.Yang besar tu rasanya dah boleh dipetik,tak yah tunggu nak masak kat pokok,alamat cepat bonyok@lembiklah.....


 Hari2 nampak pokoknya yang tinggi lampai dan buahnya yang berjuntai2 kat dahan.....ada sekali tu,jatuh kat tengah jalan,bila keta lalu,dilanggarnya buah tu terus benyek,mungkin dah terlalu masak agaknya......
berkecai terusss...


 Selalu nampak sebab pokok sukun tu dia tanam kat tepi jalan sebelah rumah saya je.......kekadang bila lalu bawah pokok sukun tu,terfikir jugak sempat tak nak makan buah sukun,yelah jap lagi nak pindah umah.....bila dah jauh dari pokok nie,mungkin takkan merasa lagi.......

 Syukur Alhamdullilah,dapat jugak merasa lagi........Terima kasih yea pakcik kerana memberi dan saya menerimanya dengan hati yang suka.......Jap tadi goreng sikit je,sebab teringin nak makan,tupun tak sampai separuh.Yang lain tu simpan dulu,tunggu search resepi...........buat kerepek@jejari sukun pun sodap nie!!!!


 SUKUN GORENG RANGUP

 Bahan-bahan:

  • Buah sukun
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning@serbuk kunyit
  • Garam & air secukupnya
  • Minyak utk menggoreng


Caranya:

  1. Buangkan kulit buah sukun dan potong ikut citarasa serta basuh serta toskan.
  2. Satukan semua bahan kecuali minyak,kacau sebati dan jadikan batter.
  3. Celupkan potongan sukun dan goreng hingga garing .


 
 cicah dengan sambal kicap dan sambal tumis memang sedap........

Tuesday 30 October 2012

Sup Tulang Korban


 Selamat petang,sekarang dan time2 nie kat Bangi hujan,tapi taklah lebat ,renyai2 gitu.....Awal2 pagi tadi dh reneh@rebus tulang lembu,biarkan sambil2 membuat kerja2 rumah ......Kebetulan sup bumjut x de stok,larilah jap...nasib baik kedai kat belakang rumah je......

 Masa hari raya haji tu,kat surau sebelah rumah nie ada buat korban,3 ekor lembu.......tulang2 dapat dlm 2 plastik dan 1 plastik tu dagingnya........So,tulangnya yg 1 plastik nie,buat sup aje........

Agak2nyalah siapa yang nak ratah tulang nie yerk???my hubby??@anak2??...x mungkin!!! diorg nie kan mmg anti daging,Haaaa,siapa lagi kalau bukan tukang masak nya.Boleh habis ke ratah @ makan sorang2 nie....dahlah masak 5@6 ketui....tgh dok pikir nie,macamnane nak habiskan,haaa, tak pun bagi kucing makan......cian tgk kucing peliharaan bdk2 tu kelaparan.Tengok resepi ini dibelakang plastik sup tulang tu je.....ada sedikit olahan ikut citarasa saya...


SUP TULANG
Bahan-bahan:
  • 5@6 ketul tulang lembu
  • 2 kiub ayam knorr
  • 1 bungkus Sup Tulang Adabi
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Bawang goreng
  • Carrot
  • Garam secukupnya
Bahan tumbuk:
  • 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bwg putih
Bahan tumis(yg terdapat dlm bungkusan sup tulang)
  • 3 buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1  kulit kayu manis
Cara-cara:
  1. Basuh tulang dgn bersih & buangkan lemak2nya.
  2. Rebus  tulang  lembu dengan api yang perlahan sehingga empuk.
  3. Halia  di ketuk,bwg merah dan bwg putih ditumbuk halus dan ditumis bersama rempah ratus yang disertakan sehingga naik bau.
  4. Tuangkan bhn tumisan ke dlm periuk yang berisi rebusan tulang tadi.
  5. Masukkan carrot dan satu bungku Sup Tulang Adabi dan biarkan di atas api sederhana selama 1/2 jam atau sehingga kentang empuk.
  6. Angkat dan masukkan 2-3 tangkai daun saderi dan daun bwg.Sediakan untuk hidangan dengan menaburkan bawang goreng.

Wednesday 24 October 2012

KEREPEK ISI KETAM /Crabstick chips


 Saya memang tak pernah tau pun filamen berperisa ketam nie boleh dijadikan kerepek,mulanya jengok kt blog Wind of Change....wah! kalau bab2 kerepek@ keropok nie mmg fav betul......bila ditenung tertarik pulak dgn kerepek yg dihasilkan  oleh rostina76 dari filamen ketam nie....eeeee nak try jugaklah......bila makan memang sedap,lemak2 gitu....

KEREPEK ISI KETAM /Crabstick chips 
 Sumber:rezwati.blogspot.com@Wind of Change

Bahan2:
  • Isi ketam (crabstick)
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya:
  1. Bukak plastik pembalut crabstick tu & carik2 kan isi ketam.
  2. Goreng isi ketam yg telah dicarik2 tadi menggunakan minyak yg banyak.
  3. Goreng sehingga garing.
  4. Tos & pastikan betul2 sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Donut Ball Kak DJ


 Hello!!!Morning semua......

2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri ....
yeay bestnya....yg bestnya dpt cuti keje....bukan senang lo nk dpt cuti nie......
Kalau bukan time raya tak usahlah nak cuti sama2......

Maybe tak balik kampung kot,ingatkan nak packing2 brg,memandangkan hanya cukup bulan je kitorang dok kt umah yg sudah didiami selama 10 tahun nie.Pindah pun tak jauh ,20 @ 30 langkah sampai le......

Skrg nie,rumah tu tgh renovate......banyak jugak yg belum siap,tapi nak x nak kena pindah jugak...tempoh yg diminta dh tamat..... 
Semalan berkesempatan utk mencuba resepi donat ball dari Kak DJ......dan inilah hasilnya,nak buat tak tgk2 dulu,ingatkan gula kastor banyak lagi,bila di chek2 ....alamak! gula habis.....last2 guna je gula ising je.....
Thanks yea kak DJ,izinkan saya panjang2 kan resepi donat ball akak nie di sini......


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran-guna gula ising coz gula castor habis
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Sunday 21 October 2012

Sambal Udang


 Pagi tadi gi shopping barang dapur kat Econsave Jln Reko,Kajang.Pergi dgn anak2 je....en suami ada koje,katanya nak amik gambar utk masuk contest.....Gi dgn anak2  seronok sikit,bolehlah lama2 kt situ,tak delah asyik nak balik cepat je.....

Dah lama sangat x mkn udang,so amiklah sikit utk 1 hidangan lunch kami hari ini......anggaran dlm 300gm,tu pun dh RM5.60.........kalau ada petai nie mesti sedapkan,tp anak2 pulak x mkn petai...... 


SAMBAL UDANG
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 300gm udang dikopek kulitnya
  • 15-20 tangkai cili kering rendam dgn air panas
  • 2 biji bwg besar(1 biji dihiris & 1 biji diblender)
  • 5 ulas bawang putih
  •  1 keping asam keping
  • Garam,gula & aji
  • Air & minyak secukupnya
Caranya:
  1. Udang yg sudah dikopek kulitnya di basuh dan toskan.
  2. Blender cili kering,bwg besar,bwg putih.
  3. Panaskan minyak,goreng udang sekejap,angkat & ketepikan.
  4. Tumiskan bhn blender  dgn minyak goreng udang tadi hingga naik minyak.
  5. Kalau agak2 kering,boleh tambahkan sedikit air.Masukkan hirisan bwg besar,garam,gula & aji serta asam keping.
  6. Biarkan mendidih seketika.
  7. Masukkan udang ,kacau rata & tutup api.
Nie kalau ratah je pun sodap!.....

Friday 19 October 2012

Ayam asam pedas

 Hari nie nak tayang resepi ayam asam pedas yang telah saya buat kelmarin,suka yang kuah agak2 pekat....tapi kalau ada bunga kantan @ daun limau purut ,lagi sedap...boleh menaikkan aroma asam pedas tu....

Selalu kalau masak asam pedas saya suka letak lengkuas & daun limau purut@ daun kesum,tp kali nie stok bhn tu x de,so letak mana yg ada saja....masakan ayam asam pedas nie mmg fav saya & anak2......



AYAM ASAM PEDAS
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 6 ketul ayam
  • 10-15 tangkai cili kering-rendam dgn air panas
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia & kunyit hidup
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 keping asam
  • Air  & minyak secukupnya
  • Garam & aji secukupnya
  • Sedikit gula
Caranya:
  1. Blender cili kering,bwg besar,bwg putih ,halia & kunyit hidup.
  2. Panaskan minyak,tumis bhn blender hingga naik minyak,kemudian masukkan serai,kacau sekejap.
  3. Masukkan ayam,gaul sebati dan masukkan sedikit air.
  4. Masukkan garam,aji & gula serta asam keping.
  5. Masak dan renehkan hingga mendidih.
  6. Bila kuah dh agak pekat sedikit,bolehlah tutup api.Sedia dihidang.
Jemput makan!....

Agar-agar Susu


 Selamat pagi Jumaat,semoga semuanya ceria2 selalu.......
Semalam try buat puding.Untuk menghabiskan susu cair yang dah ditebuk....lagipun agar2 pun memang dah ada,so apa tunggu2 lagi,laksanakan tugas.......dan terhasillah puding susu ini dan sememangnya sedap dimakan setelah disejukkan......

Anak-anak suka coklat rice yg berkaler2 nie,so taburkan je kat atas puding tu.......Dulu mak ajar kalau nak buat puding nie,sukatan air mengikut penuh plastik agar2 itu.Dan saya sukat lebih kurang 1000ml.

PUDING SUSU
by:myda_ahmad

Bahan-bahan:
  • 1 paket agar-agar tali-basuh & toskan
  • 1000ml air @penuhkan air dlm plastik agar-agar itu
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula
  • coklat rice-yg berwarna-warni

Caranya:
  1. Didihkan air dan masukkan agar-agar.Kacau selalu hingga  agar-agar larut@cair.
  2. Masukkan gula,tunggu gula cair baru masukkan susu cair .Didihkan sebentar.
  3. Tutup api.Sediakan loyang yg di basahkan dgn air.
  4. Taburkan coklat rice pada bawah  loyang.
  5. Masukkan adunan ke dlm loyang dan sejukkan.Taburkan juga coklat rice di atas puding.

mehlah try buat.....

Wednesday 17 October 2012

Jumpa Kak InaKL


Hari Isnin dpt sms dari kak Ina,katanya nk dtg Bangi,dh terfikir mesti nak bagi brg Neutrogena tu,alah GA yg Kak Ina anjurkan tu.....
Jam10.30am,kitorg jumpa depan Warta,dulunya mmg Warta,sekarang nie dh tukar Giant. Tak nk lepaskan peluang,amik jugak sekeping untuk kenangan dapat jumpa www.kakinakl.com/...
Thanks Kak Ina,sangup datang Bangi ,nak bagi Neutrogena tu....

Kek pasar malam.


 Minggu lepas hari sabtu,kebetulan off day masa tu,terasa kaki nak jejakkan kaki ke pasar malam.Pasar malam area Bangi ini memang meriah,lagi2 masa maghrib,punyalah ramai umat,berpusu2 lagi..kekadang tu kalau jalan asyik bertemu bahu je.....Alhamdullilah,pasar malam tu berhampiran jugak dengan surau,masih lagi sempat utk bersolat.......


 Pelbagai jenis kuih muih termasuklah kek span yang sedap nie pun ada dijual kat pasar malam tu.....memang sedap & gebuss teksturnya....semenjak bulan2 puasa tu dah ada yang jual kek ini.Kalau tgk dia punya gerai,memang ramai orang menyinggah,maybe ada yg sekadar nk tengok saja dan tidak kurang juga ada yg membelinya.......


 Niat gi pasar malam tu hanya nak beli lauk2 & sayur je,memang perut dah kenyang lah masa tu.....cuma utk kunyah2 seperti kopok lekor tu ada jugak beli,lagipun anak2 sukakannya....


 Kalau bulan puasa sebelum nie,harganya RM3.50 sepotong,tapi kalau beli 2 RM5.00 je....
Tapi kek yang nie lain tuannya,3 potong RM6.00 ,berbaloi kan!.....boleh campur,Anak2 nak perisa oreo,saya pulak ambil cappucino,dan semestinyalah yang coklat.......


Memang sedap!....sekarang nie dah tak payah susah2 nak pegi kedai kek@ kedai bakery,kat pasar malam pun dah ada jual kek yang marbelles nie..... sama  je macam kat kedai kek tu.......kalau kt kedai2 tu dahlah mahal,baik beli kat pasar malam je........semua dapat rasa,pilih je mana yg berkenan.............

Cucur bawang goreng

Malam semalam teringin sangat nak makan cucur,maybe dah lama tak buat kot....tanya sama anak,diorg pun nak jugak makan,so buatlah sikit utk makan malam .....sekadar alas perut saja....


CUCUR BAWANG GORENG
Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung gandum*
  • 2 sk garam halus*-sudu kfc
  • 1 sk serbuk cili*
  • 1 biji bwg besar-mayang halus*
  • 1 sk soda birakbonat*
  • 1 pack kecil serbuk ayam mamee*
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air
  • sedikit bawang goreng-anggaran 2 sb
  • Minyak utk menggoreng

Caranya:
  1. Satukan bhn bertanda * ke dlm mangkuk,gaul sebati.
  2. Masukkan telur,kacau2 dan masukkan pula air.Kacau hingga sebati.
  3. Bila dh sebati,masukkan bwg goreng,kacau dan bolehlah start menggoreng.
sedap kalau makan cicah dgn sos......

Tuesday 16 October 2012

Kerabu Mangga....rasa sikit pasti nak lagi...



Mangga hasil daripada pemberian seorang rakan sekerja,telah ku kerjakan menjadi satu menu yang sihat,...dan ianya adalah kerabu mangga....
memang cukup menyelerakan bila makan dgn nasi ,tapi bukan nasi yea yang bertambah2,haaa.....nie yang best,takdelah asyik nak risau pasal berat badan ,hehehe....

Bila asyik  ratah kerabu mangga nie dan tak sedar dah berpinggan rupanya,maka perut akan kurang diisi dgn nasi pada sebelah ptg @ malamnya.....dh cukup dh utk hari ini....

Sedikit daripadanya telah kuberikan pada driver van sekolah anak dan sebahagiannya lagi kukirimkan kat tempat keje.....Wah!mesti seronok diorg dpt makan kerabu mangga hasil airtanganku ini.....

KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
  • 2 biji  mangga muda -disagat
  • 2 biji cili merah-dihiris 
  • 2 biji bawang besar-hiris
  • 4@5 biji limau nipis-ambil airnya
  • sedikit sos ikan
  • 5 biji cili hijau-potong2 kecil
  • 3 batang serai-hiris halus2
  • Garam & gula secukupnya
  • Kacang tanah-goreng & tumbuk kasar

Caranya:
  1. Sagat buah mangga,campurkan semua bahan dalam satu bekas,Kacau hingga sebati bersama mangga.
  2. Bila dh cukup rasanya ,taburkan kacang tanah tumbuk dan gaul sebati.Sedia utk dimakan.
sedapnya ratah benda alah nie.......

Genap sudah 17 tahun.....

Syukur Alhamdullilah...........
Engkau telah berikan ku kesihatan yang baik...
dari dulu hingga kini...untukku meneruskan pekerjaan ini..

Tanggal 15/10,hari ini genaplah 17 tahun  telah berkhidmat di Pusat Perubatan Bangi.Pejam celik,pejam celik rupanya dah lama jugak saya keje kat sini.Lama tuuu,tempoh yang cukup panjang.....Sejak dari lepas sekolah hingga kini masih lagi setia dengan tempat keje yang memerlukan kesabaran.Keje tempat orang2 sakit ini,kalau tak de senyuman,kesabaran,maka pesakit yang dah sakit akan bertambah2 lagi sakitnya jika tidak mendapat layanan yang mesra dari staff2 Pusat Perubatan Bangi ini.Sebagai staff klinik,kita juga harus mempamerkan dan melemparkan senyuman walaupun kita sendiri ada banyak masalah .Alhamdullilah,walaupun banyak juga cabaran orang2 sakit ini,akhirnya dapat juga diatasi dengan keikhlasan bekerja.Niat kerana Allah taala.Itu yang semulia-mulia pekerjaan merawat dan membantu orang-orang yang sakit.

 Semoga ianya berjalan dengan apa yang dirancang dan permudahkanlah segala urusanku....Insyaallah....amin.

Hari ini,esok dan seterusnya........

Setiap lakukan sesuatu yang membawaku mendekat pada esok yang lebih baik .

Keberhasilan yang panjang datang dari kerja keras, dedikasi dan ketekunan, yang akan mengatasi hampir semua prasangka apapun, dan membuka hampir pintu apapun .

Sunday 14 October 2012

Kobis Cina goreng simple...


 Selamat berhujung minggu .....
Hujung minggu,hujung minggu jugak,tapi keje tetap keje,bilalah masa nk cutinya.....nasib baik amik shif malam je....siang boleh luangkan masa dengan anak-anak....sian pulak en hubby,tiap2 malam tido keseorangan......

Keje tempat orang sakit nie mmg payah kalau nk cuti hujung2 minggu.....kalau ada pun 1 bulan sekali je....itu pun dah kira ok...daripada langsung x de kan......

Jarang sekali beli sayur kobis cina nie,kebetulan jalan2 & nampak yang elok2.....terus masuk bakul....
masak dah 2 @ 3 hari yang lepas,cuma malas sungguh nak wat N3.....

Apa yang penting kenalah ada kobis cina nie,bwg merah,bwg putih penyedap rasa,ikan bilis,cili merah....ikan bili,sos tiram,garam dan tumis mcm biasa.......

Saturday 13 October 2012

Ais Blended Bandung

 Salam petang sabtu dan selamat berhujung minggu,mungkin sekarang nie ada yang sedang beriadah bersama anak-anak di taman....atau mengambil peluang ini untuk berjalan-jalan di kompleks membeli belah atau mungkin di ketika ini ada  juga yang sedang lena diulit mimpi-mimpi indah......yelah sekarang nie kan bila ptg je mesti  hujan kan.....

Hujan atau tak,anak-anak saya tetap akan buat ais blended,diorg ,kalau nk,diorg buat sendiri je.....yg nie salah satu buatan diorg,mamanya hanya sediakan segalanya yang diperlukan dan diorg blender sendiri....
Tak susah mana pun,apa yg penting???kerjasama..hehehe...

Biasalah mesti ada ais,susu pekat@guna susu segar pun boleh,gula,sirap,sedikit air,coklat rice....dan yg penting sekali mesin pengisar yea.....kalau x de,tak jadilah mcm yg kat atas tu....

Tapi diorg lebih suka buat yg perisa milo@ coklat....yg nie kes dah kehabisan milo lah tu.......cian dia....tak pe2 nanti suh ayah beli 1 dozen pack milo yea!!!.......