Semanis Epal Hijau

Saturday 31 December 2011

Karipap Rangup

Asalamualaikum dan selamat petang...
Hari nie saya nak mengupdate kuih karipap rangup.Karipap nie  dah 3 hari yang lalu saya buat,itupun masih ada lagi  yg disejukbekukan.Anak2 kurang suka dengan kuih nie....pulak tu dah terbuat banyak.Tp tak apalah mamanya juga yang kena makan sorang2.Sebelum nak buat tu ada godek2 dari blog Bukan Sekadar Masakan ,terpegun tgk karipap yg Ros buat...nampak rangup......Menurutnya,dia juga merujuk kepada sumber asal karipap ini dari Kak Alongroz Home Kreation (blog resepianakbapak@blogspot.com)


Terima kasih kepada tuanpunya resepi ini dan rujukan yang saya buat daripada blog Bukan Sekadar Masakan.


Ini karipap yang buat terus goreng
Ini pula gambar karipap yg telah disejukbekukan 2 hari ..pagi tadi baru digoreng....

Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Sumber2:blog Bukan Sekadar Masakan.(http://www.jintanmanis.com/)



Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)

CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.


2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

1 comment:

  1. Subhanallah... Saya pemilik blog resepianakbapak tersebut. Dah lama tak usik blog & skg saje² mengimbau kenangan. Terima kasih mencuba resepi saya hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....