Semanis Epal Hijau

Wednesday 7 December 2011

Kuey Tiau Goreng

Assammualaikum....dan selamat petang semua....
Apa khabar anda semua?semoga sihat dan ceria2 selalu....Saya dan suami serta anak2 alhamdullilah sihat...kali nie N3  adalah berkaitan dengan menu bf pagi tadi.....Kami sekeluarga bf Kuey Tiaw Goreng.....Time cuti2 sekolah nie dapurku kenalah berasap selalu,anak2 mesti menanti utk perutnya diisi.....walaupun diorg asyik main game je,diorg mesti akan ke dapur utk mencari sarapan...nak tak nak kenalah buat sesuatu makanan...kalau dh masak dh tentu mamanya juga akan makan...mcm mane mamanya nak berdiet.....tp alhamdullilah ada juga suplement lain untukku amalkan iaitu product Herbalife....






My hubby ,kalau nak makan suka perahkan air limau kt kuey tiaw tu....bukan setakat kuey tiau je maggie pun dia letak jugak.....jom kita tgk apa bahan2nya.....

Kuey Tiau Goreng

Bahan-bahan:
1 bungkus kuey tiaw
2 ulas bawang putih-diketuk
1 biji telur
3@4 biji fishball-dipotong 4
1 papan fishcake-potong kecil2
1sb Cili giling@cili boh(saya guna cili kering yg diblender dgn bawang merah&bawang putih,biasanya saya buat banyak2 utk stok)
1sb sos tiram
2 sb sos cili
1sb serbuk pati sedap
1@2sb kicap pekat
1/2 sk garam
1sk sambal belacan(1 biji cili hijau +sedikit belacan)---kalau nk pedas.
segenggam taugeh
minyak utk menumis

Cara-caranya:

1.Basuh kuey tiaw & toskan.
2.Tumis bawang putih yg diketuk,masukkan cili blender,telur dan keuy tiaw.Kacau.
3.Masukkan fishcake & fish ball,sos tiram,sos cili,kicap pekat,serbuk pati sedap dan sambal belacan.
4.Masukkan taugeh dan garam.Angkat.Sedia dihidang.


Ini adalah sarapan mama waktu pagi minuman kesihatan untuk yang nak berdiet.....kalau nak sedap lagi  buat ais blended.....tambahkan 1 sb mixed soy powder dan 1sb protein powder.

***************************************
myda_ahmad

******************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....