Semanis Epal Hijau

Saturday 24 December 2011

Telur Masak Lada Hitam

Assalamualaikum...
Hari nie 24 Disember,walaupun esok cuti umum,namun saya tetap kerja juga...maklumlah kerja klinik,x pernah tutup melainkan cuti Hari Raya....Esok kena masuk keje petang dan malam.Ini bermakna saya kena bekerja selama 16 jam sehari.....tapi x apalah sok double pay....yeah!....
Berbalik pada menu lunch hari ni...simple je....malas nak masak coz hari nie ada pasar malam....kalau masak banyak2 lauk pun,anak2 bukannya nak makan sangat,mereka mesti cari telur jugak.....yg senang dan simple saya masak telur lada hitam saja....

Bahan-bahannya:
5 biji telur
1/2 ulas bawang kuning besar(dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji lada merah(dihiris)
Sedikit hirisan lobak merah
5 sb sos lada hitam
3sb kicap manis
sedikit halia(diketuk)
sedikit air
garam
minyak utk menggoreng

 Cara-caranya:
1.Telur digoreng sebiji-sebiji.Goreng hingga habis.
2.Tumiskan halia,bawang putih,kemudian masukkan hirisan bawang besar,lada merah,lobak merah dan sedikit air.
3.Masukkan sos lada hitam,kicap manis dan garam.Bila dh masak,tuangkan kedalam pinggan yg berisi telur goreng tadi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....