Semanis Epal Hijau

Semanis Epal Hijau

Saturday, 15 October 2011

Sambal Tempe




Tempe oh tempe...memang aku suka.. my favourite....x kiralah digoreng kosong cicah sambal kicap,...masak lemak ke ..goreng sambal ke ...atau mcm2 lah....semuanya aku suka... gambar yg aku uploadkan ni adalah gambar tempe goreng masak sambal...anak aku yg sulong pun dh suka mkn tempe dulu dia mmg x suka makan....alhamdullilah skrg dia dh cuba ikut apa yg mama dia makan.....Bahan2 ni saya agak2 aje ikut berapa banyak kita nk masak...


Bahan-bahan:

  • 1 kepingTempe
  • 1 ulas bawang merah besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • Sedikit belacan
  • cili kering@cili boh
  • Garam & serbuk perasa
  • Sedikit gula
  • Minyak masak



Cara-caranya.

  1. blender cili kering bersama bawang merah kecil dan bawang putih serta belacan.
  2. potong @ hiris tempe kecil2,kemudian goreng hingga masak& angkat.
  3. tumis cili yg di blender hingga masak,masukkan tempe yg digoreng dan garam serta serbuk perasa.
  4. akhir sekali masukkan bawang yg dihiris.Sedia dihidang.



myda_ahmad

**********************

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....