Semanis Epal Hijau

Thursday, 17 October 2013

Ayam Kicap Pedas


Memang sedap ayam masak kicap pedas ini, kesedapannya hingga menjilat jari..betul! tak caya trylah buat..lagian anak2 suka sgt masak kicap....thanks utk Kak azie yg sudi berkongsi resepi nie.:)

Kalau masak kicap selalu pun tak apa,yg penting anak2 makan....:)
Ini 1st time  goreng ayam menggunakan minyak carotina..kalernya agak merah2 dan kurang kolestrol .Memang sesuai kalau yg nak berdiet tu...



AYAM MASAK KICAP PEDAS

 Bahan bahan:
  • Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
  • 1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng-x letak
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
  • Daun sadri/daun bawang - hiris
  • Susu pekat manis-saya x letak sebab dh guna kicap manis
  • Lada hitam - tumbuk kasar
  • Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga



Bahan sos:
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato-saya gantikan sos cili
  • Sos tiram

Bahan bahan kisar:
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia



Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.


Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

8 comments:

  1. salam perkenalan dr SRC..

    suka tengok macam2 ada di sini..saya datang dan follow.sudi singgah ke blog saya ya, www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga....terima kasih sudi mampir blog yg biasa2 nie dan komen ini sedikit sebanyak memberi semangat utk saya giat lg dlm berblogging..

      Delete
  2. terima kasih sis utk perkongsian resepi. boleh try masak utk lunch harini ni.. sedap.

    ReplyDelete
  3. ...Setelah mendidih masukkan susu pekat? Pakai susu juga ke?

    ReplyDelete
  4. terima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....