Semanis Epal Hijau

Wednesday 30 October 2013

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina


 Perasaan seronok bila dapat buat kek pelangi versi kukus nie,tapi masih lagi perlu cuba dan cuba lagi....skill mengukus masih tahap lemah lagi,maybe air kukusan terlalu banyak,so permukaan atas kek yg ditutupi dgn foil agak lembap...macam ada air masuk ke dalamnya@wap air dari foil tu....

Teksturnya pun x gebu sgt,ditengah2nya kek nampak macam padat sedikit......Maybe percubaan pertama cam nie,lepas2  nie saya kena perbaiki kelemahan yg ada pada diri saya ....huhuhu..apa2 pun bolehlah rujuk pada blog kawan2 yg dah mencuba buat kek pelangi kukus ini.....kek2 diorang memang gebus habis:)



KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Resepi :http://norzailina.blogspot.com
Sumber 1:Sinar Kehidupanku@yatiememories.
Sumber 2:ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-(Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serikaya
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit pewarna merah jambu,hijau,kuning,ungu,jingga

Cara-caranya:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan puluk sebati.
  2. Masukkan susu pekat,serikaya dan vanila.Kacau rata dan bubuh tpg gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati,bahagikan kepada 7 .Warnakan berbeza termasuk satu adunan dgn koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk(aluminium)yang sudah dilengser dgn marjerin dan alas dasarnya dgn kertas kalis minyak.Tutup dgn foil aluminium dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
*Untuk kek lebih lembut,tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair.Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil,masa mengukus lebih pendek.

2 comments:

  1. salam..

    kek pelangi tu tetap Nampak cantik..biasalah buat kek ni memang adakalanya jadi dan tidakkan.saya pun begitu juga...teruskan usaha lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....