Semanis Epal Hijau

Saturday, 26 October 2013

Ketupat Goreng


 Ketupat nie  dah lama tersimpan dalam peti ais,tak tau nak wat apa dengannya,nak buang sayang,nampak masih elok lagi....nak tak nak cuba goreng aje,bila dh siap..rasa sedap jugak!tapi kena potong kecil2 sikit dan nipis2,barulah bumbunya masuk dalam mampatan nasi tu....



 Alhamdullilah ,dapat sambutan juga ketupat goreng nie....anak bongsu yg 3 thn dan yg ke 2 tu suka sangat makan....yg lain2 tu tak minat langsung...adalah juga buatkan nasi goreng diorang yg x suka makan ketupat goreng nie,..

 Simple jer buatnya,masak macam nasi goreng jugak...tak susah mana pun kan,cuma memerlukan tahap kerajinan yg kuat ....kalau tak bila lagi nak merasa ketupat goreng kan!..

KETUPAT GORENG
BAHAN-BAHAN:-
1 bungkus besar ketupat yang dah direbus
Carrot
Kobis beijing
1 biji telur
Garam 
Serbuk secukup rasa
Minyak
1 sb cili  kering blender
BAHAN TUMBUK:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
CARA-CARA:-
  1. Tumis bhn tumbuk hingga garing,masukkan cili blender..masukkan telur...
  2. Masukkan ketupat,kacau sebati,masukkan perasa dan masukkan sayur carrot & kobis,kacau2...dah siap..

6 comments:

  1. camne kobis beijing tu? anyway...ni mmg cr yg bagus nk menghabiskan nasi impit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bentuknya bulat kecik sikit,daunnya nampak berkilat sikit dan rangup ,suka cari yg bhgian luar2 hijau...x suka sgt yg nampak putih je...

      Delete
  2. salam kak..

    menariknya ketupat goreng..boleh juga cuba buat pada masa akan datang kalau ada lebihan ketupat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa try tau,ikutlah nk tambah aksesori dlmnya pun sodap jugak!......

      Delete
  3. Salam Myda....
    Nampak sedap je ketupat goreng. Bolehlah dicuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lagi kalau letak mcm2 isi ayam ke,daging atau udang kan!

      Delete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....