Semanis Epal Hijau

Friday 20 September 2013

Waffle homemade

Alhamdullilah barang yang order kat Lazada dah sampai....lama juga lah nk menunggunya,adalah dalam seminggu...Rasanya dah tak sabar nak buat sendiri waffle nie....Google2 dan jumpa resepi waffle nie kat FB Ada Resepi Jom Kongsi....

Sebelum nak masukkan adunan nie,saya sapukan sikit marjerin kat dalam waffle maker tu,menggunakan tisu..kemudian warm up kan kejap..dalam 4 @5 minit.....nak bagi waffle tu cantik kalernya ,saya tambahkan setitis dua pewarna kuning....

Breakfast  nie utk 2 hari yang lepas ea, hari nie bf kentang goreng aje...


WAFFLE RANGUP
dicuba oleh:myda_ahmad


Bahan-bahan - dpt dlm 8 @ 9 keping waffer: 

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu kecil yis kering atau guna instant yeast
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Full Cream Milk)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik.
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/2 cawan Air panas hangat / suam ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
  • 1 @ 2 titis pewarna kuning-saya tambah


Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu Aida letak 1/2 cawan air panas/suam je dan tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan sambil tu jangan lupa panaskanlah waffle maker tu ...

3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya wafflekorang dah masaklah tu.

7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingini dengan citarasa anda....


sedap!memang sedap....waffle nie saya sapu dengan peanut butter....kalau nak sapu dengan coklat atau jem pun boleh jugak....ikut citarasa masing-masing.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....