Semanis Epal Hijau

Tuesday 10 April 2012

Kek Coklat Lembap



Dan selamat petang...........
Kek nie buat semalam,...setelah lama buat research,maka terjumpalah resepi kek nie kat umah Kak Ros...
tapi saya ada ++ sikit bhnnya....gantikan milo & coklat emulco kerana serbuk koko x de....apa2 pun bila dh masak....sedap ,kek nie sgt lembut,moist gitu.......Thanks yea Kak Ros untuk resepi kek nie......lain kali kalau nk buat lagi,nak ikut resepi Kak Ros ini.....izinkan saya panjang2kan resepi nie di sini pula yea.....



Sumber:http://rozisalehin.blogspot.com/ @Ros

Bahan-bahan : 
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko-saya gantikan milo & tambahkan 2 sk coklat emulco
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari peti ais)-x letak
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B-saya letak 4 biji
1 sk ovellete

Cara-cara: 
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

Topping: 
250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.

Cara-cara: 
1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.


myda_ahmad

***********************

2 comments:

  1. Assalamualaikum Myuda,
    anak-anak kakak suka sangat makan kek coklat begini, cepat sangat habis licin....!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana anda sudi meninggalkan komen.In Sha Allah akan saya kunjungi blog anda .....